| Bahagian mula tetapkan tarikh mesyuarat |
| Abdul Rahim Sabri | Sep 20, 08 1:41pm |
| Sebanyak 191 bahagian Umno di seluruh negara sedang membuat persiapan untuk mengadakan mesyuarat masing-masing mulai 9 Oktober depan. Selain memilih kepimpinan peringkat bahagian, mesyuarat kali ini amat penting kerana mereka akan membuat pencalonan bagi pemilihan jawatan tertinggi Umno Disember ini. Pencalonan tersebut adalah bagi jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan kerusi Majlis Tertinggi (MT) Di samping itu, mesyuarat bahagian kali ini juga akan memilih perwakilan yang akan mengundi dalam perhimpunan agung parti itu nanti. |
19 September, 2008
UMNO
Hari-hari terakhir seorang pujangga
Majlis Tertinggi UMNO telah menasihati Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersara secara sukarela, segera dan terhormat. Jika tidak, kemungkinan besar Abdullah akan disingkirkan oleh majoriti bahagian UMNO yang memulakan perwakilan bahagian masing-masing pada 10 Oktober 2008.
Lantaran itu, Abdullah dijangka mengumumkan tarikh persaraannya daripada siasah dan kerajaan dalam tempoh terdekat ini demi agama, bangsa dan tanahair, selewat-lewatnya pada 9 Oktober 2008.
Nasihat di atas telah disampaikan oleh Majlis Tertinggi UMNO kepada Abdullah dalam mesyuaratnya pada 18 September 2008.
Ini kerana persidangan perwakilan UMNO bahagian kali ini akan menamakan calon-calon pucuk pimpinan tertinggi parti yang akan dipertandingkan pada Disember 2008.
Jika Abdullah enggan berundur, beliau dijangka menghadapi risiko tidak memperolehi kuota secukupnya untuk mempertahankan kerusi Presiden UMNO yang disandangnya ketika ini.
Ambil Risiko
Sekelompok orang Abdullah mungkin akan mendesak Abdullah untuk bertahan, mengambil risiko dan tidak bersara. Kelompok ini dikatakan rela menabur wang berjuta-juta ringgit nilainya semata-mata untuk mempertahankan kedudukan Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Dalam konteks ini, seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO memberitahu blog ini, mainan politik wang ini tidak mungkin berlaku. Ini kerana kini sudah wujud sebuah badan pemantau bebas yang bergerak secara rahsia untuk menggagalkan kemungkinan berkenaan.
Katanya, pelbagai projek di beberapa koridor pembangunan yang ditawarkan oleh sesetengah pihak kepada segolongan ketua-ketua bahagian sebelum ini pun sudah tidak lagi diyakini oleh pihak terbabit bila ekonomi dunia mula meredum dan Kementerian Kewangan pula diserahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi pula menyatakan kepada blog ini bahawa nasihat yang disampaikan kepada Abdullah pada 18 September 2008 adalah satu ledakan gelombang perubahan yang serius. Gelombang ini akan meledak jadi tsunami siasah jika Abdullah mengengkari nasihat berkenaan.
Maka, katanya, terserahlah kepada Abdullah untuk mengartikulasikan nasihat Majlis Tertinggi. Jika Abdullah mahu mengambil risiko, Abdullah dijangka terkapai-kapai seorang diri dan akhirnya menjadi mangsa kepada tsunami siasah yang meledak daripada peringkat bahagian.
Abdullah Sedar
Ahli Majlis Tertinggi ini mengesahkan posting oleh beberapa bloggers tempatan yang mengatakan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 18 September 2008 adalah hangat dan decisive. Beliau juga mengakui bahawa sebilangan besar anggota kanan Majlis Tertinggi UMNO rata-rata menasihati Abdullah bersara secara terhormat dan dengan segera.
Sebab itulah agaknya Abdullah dipetik oleh Bernama 18 September 2008, sebagai berkata bahawa “sebarang keputusan berkaitan kedudukannya sebagai Presiden UMNO dan juga peralihan kuasa akan dibuat oleh beliau sendiri.”
Muhyiddin kini suara popular dalam UMNO di Petik dari malaysia Aktif
Bashir Ahmad
15 September 2008
DATUK Seri Abdullah Ahmad Badawi sungguh kecewa dengan kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yasin supaya beliau memikirkan semula peralihan kuasa yang dijadualkan pada pertengahan 2010.
Ada desakan supaya Abdullah bertindak terhadap Muhyiddin, tetapi beranikah beliau mengambil tindakan terhadap Naib Presiden UMNO itu yang kelihatan semakin tegas dalam pendiriannya?
Muhyiddin dalam percakapan terbaru dengan wartawan hari ini berkata beliau menyerahkan kepada Abdullah bagi menentukan kedudukannya sama ada untuk mengekalkannya atau menggugurkan beliau daripada Kabinet.
Menurutnya, beliau secara peribadi tidak akan meletakkan jawatan berikutan kenyataannya sebelum ini yang mahukan tempoh peralihan kuasa disingkatkan.
``Saya berhak untuk bersuara bagi menyampaikan pandangan di peringkat akar umbi yang mahukan tempoh peralihan ini disegerakan.
``Ini selaras dengan prinsip demokrasi dalam parti yang tidak menghalang sesiapa untuk bersuara, lagipun kenyataan saya sebelum ini bukan mendesak Perdana Menteri meletak jawatan, sebaliknya hanya mahukan beliau memikirnya semula tempoh peralihan yang lebih sesuai dan oleh diterima oleh ahli parti,’’ katanya kepada pemberita selepas melancarkan Anugerah Usahawan Wanita kebangsaan 2008 di Kuala Lumpur hari ini.
Muhyiddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata, beliau menyokong saranan Timbalan Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan mesyuarat bahagian UMNO menentukan tempoh peralihan kuasa berkenaan.
Jika Abdullah memecat Muhyiddin, sudah pasti beliau meletakkan dirinya dalam keadaan yang lebih goyah sebagai Presiden UMNO. Pandangan Muhyiddin adalah pandangan yang popular dalam UMNO ketika ini.
Tentulah beliau amat memahami kenyataan terbaru Najib yang buat pertama kalinya secara terbuka menyerahkan perkara tersebut kepada bahagian-bahagian, bukan lagi perkara yang hanya boleh ditentukan oleh beliau dan Pak Lah.
Desakan Muyiddin dan pendirian Najib telah memberikan anjakan baru kepada isu peralihan kuasa antara Pak Lah dan Najib yang reda seketika setelah kedua-dua pemimpin itu bersetuju ia dilakukan pada pertengahan 2010. Tapi Muhyiddin telah menyebabkan luka berdarah semula.
Nampaknya Pak Lah kena mengkaji semula tarikh yang diumumkannya jika beliau tidak sanggup mengambil tindakan terhadap Muhyiddin yang terang-terang telah hilang hormat terhadapnya.
Atau beliau boleh memilih untuk mendiamkan diri dan menunggu Perhimpunan Agung UMNO yang menjelang tiba hanya beberapa bulan sahaja lagi. – malaysiaaktif

Kena fikir juga ni
Di Amerika, krisis perbankan dan kewangan semakin meruncing dan memaksa Bank Pusat (Federal Reserve) memberi pinjaman AS$85 bilion (kira-kira RM292.4 bilion) kepada kumpulan insurans AIG bagi menyelamatkannya daripada muflis.
Dengan semua kemelut ini, rasanya eloklah jikalau Mohd Najib segera mengadakan pertemuan dengan seramai mungkin penggiat ekonomi dan kewangan bagi mencari jalan melindungi ekonomi negara daripada kesan krisis kewangan dan pembankan antarabangsa yang sedang melanda sekarang.
Lupakan sementara ancaman Anwar Ibrahim untuk menggulingkan mereka. Eloklah mereka hadapi realiti daripada mengigau di siang hari.

Analisa
Bacaan yang tersurat ialah reaksinya terhadap serangan terbaru terhadap dirinya, pengasakkan oleh regu TDM-Najib-Muhyidin terhadap pelan 2010. Akibat asakan dan tikaman ini, Pak Lah mahu tidak mahu perlu bertindak. Beliau perlu memperlihatkan dirinya akur dan ikhlas, serta mengakui kelemahan dirinya dalam mengurus negara dan ekonomi.
Seterusnya, ekonomi khususnya pasaran saham sedang bergerak pantas ke arah merudum. Pasaran merupakan petunjuk akan kesihatan ekonomi. Apabila pasaran saham (Bursa KL) jatuh menandakan ekonomi Malaysia sedang tidak sihat. Siapa pengurusnya? Tentulah Pak Lah.
Bacaan selanjutnya ialah pelan 2010 seolah-olah dipercepatkan. Pak Lah menjelaskan bahawa beliau akan bersara lebih awal jika prestasi Najib dalam menguruskan ekonomi cemerlang. Ini trend sejak dahulu apabila seseorang PM ingin menyerahkan kuasanya, calon PM perlu menunjukkan kebolehan dalam pengurusan ekonomi. Ini signal bahawa Pak Lah sedia berundur lebih awal. Signal ini ditujukan kepada pengkritiknya bahawa beliau begitu taksub dengan kubu kuasanya. Akar umbi akan mendapat petunjuk bahawa Pak Lah telah sedia mengalah dan berundur. Sekurang-kurangnya akan merendahkan suhu penentangan akar umbi terhadap Pak Lah.
Namun tepatkah pertukaran potfolio ini dilakukan sekarang? Ekonomi dunia tidak terkecuali Malaysia sedang tidak sihat yang antara lain kerana kelembapan ekonomi dunia. Kejatuhan pasaran saham sedikit sebanyak diakibatkan daripada muflisnya bank keempat terbesar Amerika, Lehman Brothers. Dalam suasana kelembapan ini, mampukah Najib melonjakkan pasaran saham Malaysia, dan melonjakkan semula ekonomi Malaysia?
Yang tersirat ialah selain Pak Lah nampak ikhlas menjayakan pelan 2010, tetapi rasanya tindakan Pak Lah ini sebenarnya pelan penyelamatan dirinya. Pak Lah sedang terlibat dalam permainan yang penuh risiko. Kalau Najib berjaya, pelan 2010 akan kekal malah akan dipercepatkan, tetapi kalau Najib gagal menyerlah, apa agaknya nasib Najib. Kem Pak Lah dengan mudah memperoleh peluru meriam untuk membedil Najib. Bedilan ini mampu meranapkan kerjaya Najib.
Saya dapat rasakan bahawa Najib kepanasan kerana Kementerian Pertahanan, tempat permainan Najib kini berada di tangan Pak Lah. Pak Lah akan menguasai setiap organ dalam tentera. Tidak mustahil dalam masa terdekat maklumat-maklumat rahsia tentang aktiviti Najib di Kementerian Pertahanan atau maklumat risikan akan terpampang luas kepada Pak Lah. Ini sebenarnya senjata Pak Lah. Dan kita tidak tahu apakah tindakan Pak Lah dengan maklumat rahsia itu? Sekali lagi Najib akan terjerat. Politik adalah seni ketidak mustahilan!
Bukankah kemasukan semula TDM ke dalam UMNO sebenarnya dengan misi menjatuhkan Pak Lah dan menaikkan Najib, dan barang kali Muhyidin. Dengan memerangkap Najib maka Pak Lah akan dapat juga memerangkap TDM dan Muhyidin. Satu hal yang saya nak kongsi ialah adakah keptusan drastik Pak Lah tidak berkait langsung dengan agenda Anwar, 916 itu? SAPP telah mengisytiharkan keluar dari BN, dan mengekalkan status bebasnya tanpa menyertai Pakatan Rakyat. Zaid Ibrahim juga telah sah letak jawatan dan telah diterima Pak Lah. Anwar telah menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat telah mempunyai majoriti mudah untuk mengambil alih Putrajaya. Yang tinggal ialah soal-soal teknikal dan undang-undang (Perlembagaan). Anwar sedang menanti Pak Lah bersedia untuk berjumpa dengan Pak Lah tentang peralihan ini. Jika Pak Lah tetap enggan, mereka, Pakatan Rakyat telah bersedia ke Istana Negara.
Mungkinkah Anwar akan diISAkan? Petunjuk ini telah Pak Lah berikan. Anwar dakwanya, adalah “penyebab kepada ketidakstabilan negara dan ekonomi”. Jika ISA dikenakan kepada Anwar, sedikit sebanyak meyimbahkan api kemarahan rakyat. Kesannya tidak dapat kita jangkakan! Jika ini berlaku, polis akan digunakan, begitu juga dengan tentera. Darurat dengan mudah dapat dikuatkuasakan! Momentum agenda 916 dapat diperlahankan.
Tindakan drastik Pak Lah ini memperlihatkan kecerdikannya.- menyediakan jerat terhadap Najib, dalam masa sama menyekat kemaraan Anwar. Namun, yang jelas, Pak Lah senang bermain dengan api. Mampukah Pak Lah memikulnya? Hal ini kerana, jika benar hipotesis ini, Pak Lah dilihat oleh rakyat telah menafikan sekali kehendak rakyat!

Nasib orang yang namanya melayu
| Hidup Melayu! |
| Nathaniel Tan & Nik Nazmi Nik Ahmad | Sep 9, 08 8:30pm |
| Kami setuju tanpa ragu-ragu bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam. Rakyat Melayu marhaen berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik. Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat Melayu? Orang Cina? Kaum-kaum 'pendatang' lain yang sudah terlalu lama menjadi setinggan di Tanah Melayu? Parti Cinakah yang memimpin Malaysia semenjak Merdeka lima puluh tahun lalu sehingga sekarang? Apakah orang 'pendatang' yang menjawat jawatan tertinggi dari hari pertama Malaysia merdeka? Kesusahan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang sebenarnya kesusahan yang dihadapi setiap rakyat Malaysia pada saat gentar ini - ekonomi negara yang meleset, harga barang yang melambung, ketidakpedulian kerajaan dan pihak-pihak berkuasa terhadap cabaran yang dihadapi mereka setiap hari. Punca masalah-masalah ini bukanlah perbezaan warna kulit atau agama; puncanya adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiri. Setelah lima puluh tahun berleluasa tanpa kawalan, pemimpin-pemimpin Umno telah mengabaikan cita-cita murni pejuang-pejuang kemerdekaan kita untuk membina Malaysia yang aman dan makmur untuk semua. Polemik kaum Tangan di depan menghunus keris kononnya untuk mempertahankan hak-hak Melayu, tangan di belakang merompak tanah Melayu, merompak saham Melayu, merompak sara hidup Melayu. Budaya rasuah kini meracuni setiap lapis pimpinan parti yang ditubuhkan untuk mengharumi masa depan bangsa sehingga laungan sahaja berbunyi "Melayu!" tetapi hati berbisik "Saya dahulu!" Sejarah dunia menyaksikan polemik kaum disalahgunakan pelbagai pihak - mahupun di Bosnia, Rwanda dan sebagainya - untuk mengutarakan nafsu politik yang rakus. Api perkauman dinyalakan demi menghasut rakyat jelata antara satu sama lain; namun amat mudah untuk menjadikan orang yang berlainan warna kulit punca kesengsaraan satu bangsa. Sebagai generasi baru Malaysia, kita perlu sedar kepada kebenaran dan menembusi ilusi yang dicipta oleh golongan yang berkepentingan. Kesedaran ini boleh dikatakan susah untuk rakyat Malaysia, yang telah sekian lama diajar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melihat setiap masalah sosial dan isu politik dari sudut perkauman. Parti-parti politik yang berasaskan kaum sahaja akan terperangkap selamanya dalam wacana sempit di mana dosa-dosa dan penyelewengan individu-individu disembunyikan di belakang tabir perkauman. Buktinya jelas; Umno sendiri mengakui bahawa tiga puluh tahun selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, sasaran-sasaran untuk pembangunan taraf ekonomi Melayu masih gagal dicapai. Hidup mewah Adakah ini kerana orang Melayu sebenarnya malas manakala kaum-kaum lain rajin? Penjelasan ini tidak munasabah. Dengan jumlah penyelewengan sehingga berbilion-bilion ringgit oleh ahli-ahli politik Barisan Nasional, tidak hairan Dasar Ekonomi Baru gagal sama sekali. Dasar yang diasaskan dengan matlamat membangunkan rakyat Melayu marhaen diselewengkan sehingga hanya kelompok kecil sahaja yang memperoleh keuntungan dari dasar-dasar tersebut. Sehingga hari ini, mustahil ternampak seorang pemimpin tinggi Umno yang tidak hidup mewah dengan mahligai dan kereta-kereta besar. Jelas, nasib Melayu tidak semestinya terbela oleh parti-parti politik yang bertopengkan nama Melayu sahaja, tetapi oleh pemimpin-pemimpin tanpa mengira kaum yang jujur dan berwibawa. Maruah bangsa Melayu hanya dapat dijamin apabila parti yang terbukti gagal mengangkat martabat bangsa diganti dengan saf pimpinan yang baru. Keputusan pilihanraya umum Mac 8 juga jelas menunjukkan bahawa rakyat jelata sedia menolak politik perkauman yang digunakan untuk menutup budaya rasuah yang telah menghancurkan ekonomi negara dan membebani rakyat. Sedihnya, golongan politik yang telah mengekalkan sistem ini yang bankrap moralnya kini enggan melepaskan kuasa dan menerima pilihan rakyat. Mereka berdegil dengan memainkan politik perkauman yang telah jelas ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum ke-12. Pada bulan Mac, orang Melayu tidak takut untuk mengundi DAP dan orang bukan Islam tidak takut untuk mengundi PAS. Keberanian mengundi sedemikian, walaupun isu-isu perkauman masih dimainkan oleh Barisan Nasional, adalah kerana rakyat berikhtiar untuk merealisasikan harapan untuk membentukkan sebuah Malaysia di mana kepentingan rakyat dipelihara; harapan bahawa dengan kerajaan yang telus dan prihatin akan melahirkan sebuah Malaysia yang mana semua rakyat terbela. Di bawah pimpinan Umno, tidak kira ideologi asal yang kini sudah tercemar dan terabai, orang Melayu akan terperangkap dan tidak mungkin maju dan berdikari. Parti-parti yang berulang-ulang terbukti gagal menjaga kedudukan orang Melayu di mata dunia harus diganti sebelum terlambat. Nathaniel Tan merupakan pengendali blog www.jelas.info. Nik Nazmi Nik Ahmad merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia dan Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia. Blognya boleh dicapai di www.niknazmi.com |
18 September, 2008
Syair
Minyak o minyak
kenapa engkau naik
macam mana aku tak naik
sebab kau gunakan aku
Guna o guna
kenapa minyak naik
macamana dia tak naik
kerajaan naikan aku
Kerajaan o kerajaan
kenapa naikan minyak
macam mana minyak tak naik
sebab harga naik
Harga o harga
kenapa engkau naik
Macamana aku tak naik
sebab lama tak naik
Lama o lama
kenapa engkau naik lama sangat
macamana aku tak lama
orang tak turun aku
Turun o turun
kenapa harga minyak tak turun
macam mana harga nak turun
tak tau berapa nak turun
Tau o tak tau
Kenapa buat tak tau
macam mana buat tak tau
sebab kau undi aku
sebab kau undi aku
kenapa engkau naik
macam mana aku tak naik
sebab kau gunakan aku
Guna o guna
kenapa minyak naik
macamana dia tak naik
kerajaan naikan aku
Kerajaan o kerajaan
kenapa naikan minyak
macam mana minyak tak naik
sebab harga naik
Harga o harga
kenapa engkau naik
Macamana aku tak naik
sebab lama tak naik
Lama o lama
kenapa engkau naik lama sangat
macamana aku tak lama
orang tak turun aku
Turun o turun
kenapa harga minyak tak turun
macam mana harga nak turun
tak tau berapa nak turun
Tau o tak tau
Kenapa buat tak tau
macam mana buat tak tau
sebab kau undi aku
sebab kau undi aku
17 September, 2008
Harga minyak tak patut
Aku teringin sangat nak belikan mainan untuk anakku yang merengek sepanjang hari. Kalau aku terangkan kedudukan kewangan pun bukan dia faham. aku terpaksa pekakkan telinga tetapi dalam hati menangis juga kerana tak mampu nak menunaikan hajat anakku. Apa salahnya aku belikan mainan itu bukan ratusan ringgit. Tetapi duit sebanyak itu sangat berharga untuk orang seperti aku. Aku sekarang kalau minum dikedai hanya setakat minum. Tak berani nak makan. Aku tak tahu pasal apa. Duit cuma ada RM350.oo nak menyampaikan kehujung bulan. Simpanan tak ada. Umurku 44 tahun. Tekanan minyak yang mahal terlalu mengazab kehidupan aku. Terlalu menghimpit hidupku. Adakah aku seperti orang yang sanggup mengadai nyawa demi RM 14.00
Pasal 16 september
Aku membaca. Akses ke sana sini. Talipon kawan-kawan. Tetapi masing-masing masih serkap jarang. Sehingga ke hari ini aku masih belum percaya anwar boleh membentuk kerajaan. Sebab setengah orang kampung seperti aku, kedudukan anwar masih lemah dan sulit dia terpaksa berdepan banyak perkara. Dalaman saja sungguh lemah dan dia terpaksa berdepan dengan UMNO. Walaupun UMNO itu telah lemah dan hilang bisanya namun dia masih mampu mengugat. Kerana bila-bila masa saja dia boleh menggunakan apa saja yang difikirkan boleh. Bukan patut. Rumusannya orang Melayu sebenarnya masih belum mahu berubah sepenuhnya. Contoh mudah orang seperti aku dan orang kampung lainnya yang hanya mikirkan makan minum saja tak mampu nak melakukan perubahan. Tak mampu nak bercakap hal politik. Orang melayu tak mampu nak mengubah minda. Dia antara berani dan takut. Sekalipun UMNO dah banyak melukakan hati aku dan orang kampung tetapi masih tak nak berubah. Itulah pandangan ikhlas aku. Sebab itu UMNO masih hidup walaupun tinggal nyawa-nyawa ikan. Pembentukan kerajaan baru yang diasaskan oleh Anwar tidak terfikir oleh aku. Jauh sekali untuk menjadi kenyataan. Ini kerana kerajaan masih dilihat boleh bekerja. Cuma nak dikaitkan dengan ekonomi negara yang semakin suram aku tak nampak lagi.
Di petik dari Malaysia Aktif:
Anwar Ibrahim angkat sumpah jadi PM!
KOPITIAM TALK - 18 SeptemberHari ini 16 September Anwar Ibrahim telah selamat mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam dengan ditemani oleh isterinya Datin Sri Wan Azizah, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa. Doa selamat telah dibacakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan terjemahan serentak dalam bahasa Tamil dan Mandarin.
Bagi pertama kalinya dalam sejarah, upacara angkat sumpah itu tidak diadakan di Istana Negara tetapi diadakan di hadapan gambar besar Seri Paduka Baginda Yang di-Dipertuan Agong di rumah Anwar Ibahim sendiri.
Di petik dari Malaysia Kini.
16 Sept: Kenyataan penuh Anwar Sep 16, 08 4:13pm Hari ini rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia- hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan- kita sekarang berada diambang kemenangan. Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat.Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini.Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini.
ANTARA KITA dipetik dari Blog Malaysia Today
Oleh MOHD SAYUTI OMAR
SEBENARNYA tarikh 16 September bukan satu tarikh baru yang perlu dikenang. Ia telah menjadi sebutan sejak 45 tahun lalu. Tarikh itu antara tarikh keramat bagi rakyat negara ini. Hari itulah penubuhan Malaysia dimana Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu mewujudkan Malaysia.Namun tarikh itu menjadi popular dan sebutan umum apabila Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mensasarkan pada tarikh itu nanti kerajaan Barisan Nasional akan tumbang dan sebuah kerajaan baru – Malaysia Baru akan dibentuk menerusi Pakatan Rakyat.Sejak itu, 16 September menjadi sebuatan dan dinanti-nantikan. Rakyat yang mempercayai dengan kebolehan dan sihir politik yang ada kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu yakin pada tarikh itu kerajaan Malaysia akan berubah. Akan berakhirnya kerajaan BN/Perikatan yang menguasai negara ini selama lebih setengah abad lalu.Tanpa mengira bagaimanakah proses peralihan kuasa itu ia disokong dan menjadi satu harapan semua orang khasnya generasi baru dan pengundi yang memilih parti-parti Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu. Semua orang terbangkit dari satu impian baru tentang apa yang diura-uarkan itu.Walaupun pihak parti kerajaan menganggap sasaran itu sebagai gimik politik yang tidak berasas dan mencemuhkannya dengan berbagai senda dan analogi namun dalam masa sama mereka juga cemas dan turut sama memperkatakannya. Ini jelas apabila Perana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiba-tiba telah melaburkan berbagai insentif baru serta projek tambahan kepada Sabah dan Sawarak.Tindakan Abdullah itu dilihat sebagai benteng mempertahkan agar tidak berlaku penghirjrahan ramai-ramai ahli Parlimen Sabah ke dalam Pakatan Rakyat seperti mana didesas-desuskan. Anwar mendendangkan seramai 30 ahli Parlimen akan menyeberangi memihak kepadanya. Tindakan itu menunjukkan Presiden Umno dan Pengerusi BN itu juga termakan dengan desas desus berkenaan.Di Sabah kerajaan Persekutuan telah memberi 13 bentuk insentif baru selepas pilihan raya lalu khasnya selepas timbul desas desus ahli Parelimen negeri itu akan bersama Anwar. Ia juga dilihat sebagai usaha mengambuskan tawaran menarik Anwar kepada rakyat Sabah. Anwar dalam mengampungkan saham politiknya untuk menjadi Perdana Menteri telah menawarkan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak lebih menarik. Beliau menaikan 10 peratus lagi menjadikan 15 peratus berbanding dengan royalti sedia ada hanya 5 peratus.Tindakan dan angan-angan Anwar itu nampak serius dan realistik lagi apabila beliau dilihat sebagai terdesak untuk berada segera di Parlimen bagi membolehkan mengetuai kerajaan baru itu.Kerana itu pengosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh oleh isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah pada 31 Julai dilihat tergesa-gesa kerana mengejar tarikh itu dan sekaligus menampakkan keseriusan Anwar untuk mengambil alih kerajaan. Dengan tindakan Azizah itu menyebabkan para penyokongnya yakin ianya bukan sebagai gimik politik murahan tetapi sesuatu yang sudah pasti akan berlaku.Keyakinan ini juga ditambahi lagi dengan rekod kehebatan Anwar dalam politik. Beliau mampu mengubah suasana dan membentuk satu suasana baru dalam arena politik tanahair. Kejayaan demi kejayaanya meraih kedudukan dan terus menjadi fokus umum walaupun berada di penjara adalah antara kehebatan yang ada kepada Awnar dan menyebabkan beliau dianggap sebagai luar biasa.Kemenangan beliau dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh, 26 Ogos lalu dengan majoriti besar 15,671 satu lagi bukti bahawa bekas Menteri Kewangan itu mampu melakukan apa saja. Anwar berjaya meraihkan apa yang diingininya tanpa keraguan.Kejayaan itu menyebabkan rakyat semakin tidak sabar menanti detik keramat 16 September. Dalam hal ini apa yang diletakkan rakyat adakalanya lebih besar daripada apa yang diimpikan Anwar di sebalik tarikh itu. Dan adakalanya rakyat semacam sudah dihasut oleh satu keinginan yang ebgitu tinggi.Kemampuan Anwar memenangi pilihan raya itu dan meraih undi besar juga dilihat sedikit sebanyak kerana desas desus berkenaan. Rakyat yang kagum dan terpesona dengan Anwar dan meletakkan itu memberi undi kepadanya.Satu segi gegeran yang dibuat Anwar itu telah memberi keuntungan dan membawa tuah kepadanya.Kemasukan ke Parlimen dan mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen pada 27 Ogos lalu dilihat sebagai beliau makin menghampiri mengapai apa yang dicanangkan itu. Kehadiran beliau itu yang mendapat tepukan dan menjadi tumpuan benar-benar mengejutkan orang ramai. Kehadiran beliau itu juga membentuk suasana baru dan membentuk fikiran rakyat agar lebih komited lagi dengan tarikh 16 September.Persoalannya apakah peristiwa penting pada tarikh 16 September itu akan menajdi kenyataan; beliau akan mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri ke-6? Dalam tempoh tidak sampai 15 hari lagi akan tiba tarikh itu orang ramai terus diulik pertanyaan dan penuh suspen.Mungkin Anwar dan orang terdekatnya – kumpulan G9 telah mengetahui apa yang berlaku pada tarikh tersebut. Beliau sudah membuat persiapan rapi untuk berhadapan dengan kenyataan yang bakal berlaku kelak. Namun bagaimana dengan mereka yang berada dalam luar mindanya?Hari ini harapan orang ramai khas penyokong Pakatan Rakyat begitu besar sekali pada tarikh berkenaan. Rata-rata kini mereka sudah mula menghitung perubahan besar akan berlaku dengan berbagai agenda di ketengahkan sebaik negara ini diterajui oleh Pakatan Rakyat. Apakah akan jadi sekrianya pada tarikh berkenaan tidak berlaku sesuatu yang diharapkan itu?Mengenai hal ini rakyat seharusnya perlu mengosongkan sedikit ruang fikir dalam minda masing-masing. Rakyat juga harus bersedia dan beranggapan ia mungkin tidak akan berlaku seperti mana dirancangkan itu. Sekrianya 16 September tidak membuahkan apa-apa hendaknya rakyat tidak akan jadi begitu kecewa sangat.Dalam menanti 16 September ini rakyat perlu bersikap terbuka dan memahami sedalam-dalamnya tindak tanduk dan strategi politik.Dalam menanti perubahan yang bakal berlaku itu elok kalau orang ramai berfikiran terbuka dan bebas dan tidak mengikatkan hati mereka dengan tarikh berkenaan. Untuk tidak terlalu kecewa sekiranya 16 September tidak bisa menumbangkan kerajaan BN, mulai saat ini orang ramai perlu mengubahkan persepsi 16 September bukannya hari kejatuhan atau tumbangkangnya kerajaan BN tetapi sebagaiu detik permulaan yang realistik ke arah kejatuhan kerajaan BN dalam tempoh beberapa tahun ini.
Di petik dari Malaysia Today
Zulkifli Sulong is a veteran journalist who writes an exclusive weekly column with The Malaysian Insider apart from editing the Bahasa Malaysia weekly Siasah.
Saya katakan jadi kerana apa yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat dan apa yang berlaku dalam Umno dan Barisan Nasional sekarang membayangkan ia akan jadi.
Dalam Pakatan Rakyat, terbahagi kepada tiga kumpulan. PKR, DAP dan Pas. Hampir kesemua pimpinan PKR yang saya temui yakin seyakin-yakinnya, perubahan ini akan berlaku.
Elizabeth Wong (ketua penerangan Wanita PKR dan juga Exco Selangor) yang saya temui di majlis pertama yang beliau sertai selepas pulang ke Malaysia dari mengekori pasukan BN BBC dalam “lawatan sambil belajar” ke Taiwan yakin ia akan jadi. Ketika ditanya apakah ia Oktober, November atau Disember, Eli tegas mengatakan “lebih cepat dari itu”.
Dalam Pas, saya nampak ada dua kumpulan. Majoriti mereka yakin ia akan jadi. Kepada pemimpin Pas yang berada dalam sekretariat Pakatan Rakyat, mereka benar-benar yakin ia akan berlaku.
"Angka yang diperlukan sudah ada cuma masalah teknikal sahaja sekarang," kata Datuk Kamarudin Jaffar, Setiausaha Agung Pas. Yang dibimbangi oleh beliau adalah halangan-halangan yang bakal dibuat oleh Umno untuk mempastikan perkara ini tidak berlaku.
Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali sebagaimana wawancaranya dengan sekumpulan media agak tidak berapa yakin perkara ini akan jadi. Beliau memberikan alasan teknikal dan politik. Pandangan Mustafa juga dikongsi oleh beberapa pihak dalam DAP.
Untuk alasan teknikal, ada dua pandangan besar diberikan oleh beberapa pihak. Satu kumpulan yang berpegang kepada pandangan Profesor Dr Abdul Aziz Bari, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) manakala satu lagi berdasarkan pandangan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abbas. Ia berkaitan dengan bagaimana kerajaan baru ini boleh ditubuhkan.
Abdul Aziz berpandangan, boleh dibuat tanpa melalui proses undi tidak percaya dalam Dewan Rakyat. Cukup sekadar Yang di-Pertuan Agong mempunyai keyakinan bahawa Anwar mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan baru. Bagaimana Yang di-Pertuan Agong hendak yakin dengannya, itu boleh dilakukan diluar Dewan Rakyat. Saya difahamkan, ini pandangan Prof Aziz.
Namun Tun Salleh berpandangan, proses ini perlu berlaku dalam Dewan Rakyat. Perlu ada undi tidak percaya dalam Dewan Rakyat dan kerajaan yang ada dijatuhkan dahulu dengan Perdana Menteri meletakkan jawatan dan barulah boleh Perdana Menteri baru dilantik.
Saya difahamkan, Istana Negara lebih berminat untuk melalui proses yang berdasarkan pandangan Tun Salleh itu. Tidak semestinya pandangan Aziz Bari salah tetapi pandangan Tun Salleh lebih selamat jika dilaksanakan. Maknanya, yang Anwar kata beliau mempunyai angka yang cukup itu perlu diuji di Dewan Rakyat.
Persoalannya kini, bagaimanakah caranya untuk sampai ke peringkat undi tidak percaya itu. Saya difahamkan, ada dua jenis usul dalam Dewan Rakyat. Kedua-dua jenis usul ini, bakal membawa Anwar dan penyokongnya ke jalan mati. Orang Kelantan kata “cannot go nih”.
Atas dasar itulah mungkin, cara-cara lain perlu dibuat oleh Anwar. Yang kita ketahui, sudah dua pucuk surat telah dihantar Anwar dan Pakatan Rakyat kepada Abdullah. Yang pertama pada 15 September lalu iaitu surat meminta satu pertemuan diadakan antara pemimpin Pakatan dengan Perdana Menteri Abdullah. Namun, ia telah dijawab, "tidak" oleh PM.
Surat yang kedua telah dihantar pada 18 September oleh Pakatan. Ia ditandatangani oleh tiga pemimpin utama Pakatan iaitu Anwar sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas) dan Lim Kit Siang (pemimpin DAP). Ia bertujuan meminta Abdullah mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat. Dari situ, kata Anwar, ia akan dibuktikan samada Pakatan Rakyat mempunyai angka yang cukup atau tidak untuk membentuk kerajaan baru. Namun Abdullah juga berkata “tidak”.
Itu semua boleh dikatakan faktor yang berlaku dalam Pakatan. Bagi saya, faktor yang berlaku dalam Umno dan BN juga boleh membawa kepada pertukaran kerajaan baru ini akan jadi.
Baru-baru ini, kami di Siasah dikunjungi sekumpulan pemimpin dari Insap (Institut Kajian Strategik dan Polisi) yang dimiliki MCA. Rombongan yang dipimpin oleh CEO Insap, Fui K Soong ini turut disertai oleh pegawai dari bahagian penerangan MCA.
Dalam perbincangan hampir dua jam itu, mereka mendedahkan MCA bersedia untuk menjadi pembangkang dari menyerai kerajaan Pakatan. MCA tidak bersedia untuk menjadi “second brother” kepada DAP dalam Pakatan. Mereka juga rasa selepas menjadi pembangkang, MCA akan lebih berwibawa dan sokongan kepadanya akan kembali semula dari kalangan masyarakat Cina.
Pendek kata, MCA sendiri secara moralnya sudah bersedia menjadi pembangkang iaitu selepas BN jatuh. Itu apa yang berlaku dalam MCA.
Gerakan sendiri secara tegas sedang mengkaji untuk meninggalkan BN. Bahkan, disebut-sebut akan menyertai Pakatan Rakyat atau mana-mana parti dalam barisan baru politik negara itu.
Hal ini dipersetujui oleh para pegawai kanan Insap ini kerana bagi mereka ideologi dan struktor Gerakan membolehkan mereka menyertai PKR atau Pakatan.
Umno pula sedang berlaku perpecahan dalaman yang amat dahsyat. Ketika pemimpinnya mempermainkan soal 16 September, mereka menghantar 41 anggota Parlimen mereka dan parti BN yang lain ke Taiwan untuk “lawatan sambil belajar” ke sana bagi mengelakkan tarikh 16 September.
Begitu juga cabaran Anwar agar Abdullah mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat (untuk membuktikan dia masih mempunyai penyokong yang cukup atau tidak) di tolak oleh Abdullah. Padahal jika Abdullah yakin, sudah pasti cabaran itu disambut dan “matikan” apa yang dikatakan sebagai “retorik” Anwar itu dengan sidang Dewan Rakyat itu secara tuntas.
Saya yakin, Abdullah tidak yakin sebenarnya. Bukan kerana Anwar sahaja tetapi dari dalam Umno sendiri. Ini kerana, andai katalah Abdullah membuat sidang tergempar itu, kumpulan Muhyidin (yang inginkan peralihan kuasa dalam Umno berjalan dengan lebih cepat), mereka akan menyokong undi tidak percaya kepada Abdullah. Maka dengan itu Abdullah akan jatuh sebagai Perdana Menteri.
Namun, ketika ingin melantik Perdana Menteri baru, Muhyidin boleh pulang kepada BN kembali dan melantik Datuk Seri Najib atau beliau sendiri sebagai PM baru. Itu juga boleh berlaku.
Jadi dengan segala perkara yang tidak menentu ini, Abdullah tidak akan bersetuju untuk adakan sidang tergempar Dewan Rakyat dan akan berbuat apa sahaja termasuk menggunakan portfolio baru yang dipegangnya, Kementerian Pertahanan.
Namun, saya penuh keyakinan, perubahan kerajaan tetap akan jadi cuma persoalan masa sahaja sekarang. Marilah kita tunggu, semoga ia tidak terlalu lama.

13 September, 2008
16 september ???
Lepas terawih aku ngikut noja ngeteh. Yang aku ingat katanya wakil parlimen kita tak pegi ke Taiwan. Tadi dalam berita taiwan di landa taufan dengan gempa bumi. Patut pun ahli parlimen kita tu tak pegi Taiwan aku mencelah. Belalak matanya. Bulat besar. Macam nak tunjal kepala aku. Aku dah dia macam tu. Diam terus dengar aje le dia cakap. Cuma aku tak berapa faham pasal nak bentuk kerajaan. Boleh ya rupanya ahli parlimen masuk sana masuk sini.
Harga ayam naik
Aku dah cakap dengan anak aku, kalau nak makan ayam kejar ayam tu dulu. Lepas tu kurung bawah rumah. Lepas zuhur nanti abah sembelih. Dah tua-tua ni tak kan nak kejar ayam juga. Nak membeli ayam kat pasar???? Baik aku simpan duit buat beli minyak motor. Anak masuk lima orang. Pakai selipar jepun aje le kau tahun ni nak. Tak larat abah nak cari duit beli itu ini.
Harga sawit kok turun
Minggu lepas harga sawit turun tak lalu RM 500.00 jatuh pergi RM 470. Raya ni aku kena buat kerja sambilan. Puasa ni aku tidur aje. mana larat aku nak kerja badan pun dah tua. Asyik nak kerja macam lembu duit sikit dapat. Kerajaan kau tak boleh naik kan ke ?
Subscribe to:
Posts (Atom)
Para perwakilan akan terdiri daripada enam pemegang jawatan utama bahagian yang juga dikenali sebagai G6 dan tujuh lagi akan dipilih dalam mesyuarat bahagian (G7).