Aku membaca. Akses ke sana sini. Talipon kawan-kawan. Tetapi masing-masing masih serkap jarang. Sehingga ke hari ini aku masih belum percaya anwar boleh membentuk kerajaan. Sebab setengah orang kampung seperti aku, kedudukan anwar masih lemah dan sulit dia terpaksa berdepan banyak perkara. Dalaman saja sungguh lemah dan dia terpaksa berdepan dengan UMNO. Walaupun UMNO itu telah lemah dan hilang bisanya namun dia masih mampu mengugat. Kerana bila-bila masa saja dia boleh menggunakan apa saja yang difikirkan boleh. Bukan patut. Rumusannya orang Melayu sebenarnya masih belum mahu berubah sepenuhnya. Contoh mudah orang seperti aku dan orang kampung lainnya yang hanya mikirkan makan minum saja tak mampu nak melakukan perubahan. Tak mampu nak bercakap hal politik. Orang melayu tak mampu nak mengubah minda. Dia antara berani dan takut. Sekalipun UMNO dah banyak melukakan hati aku dan orang kampung tetapi masih tak nak berubah. Itulah pandangan ikhlas aku. Sebab itu UMNO masih hidup walaupun tinggal nyawa-nyawa ikan. Pembentukan kerajaan baru yang diasaskan oleh Anwar tidak terfikir oleh aku. Jauh sekali untuk menjadi kenyataan. Ini kerana kerajaan masih dilihat boleh bekerja. Cuma nak dikaitkan dengan ekonomi negara yang semakin suram aku tak nampak lagi.
Di petik dari Malaysia Aktif:
Anwar Ibrahim angkat sumpah jadi PM!
KOPITIAM TALK - 18 SeptemberHari ini 16 September Anwar Ibrahim telah selamat mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam dengan ditemani oleh isterinya Datin Sri Wan Azizah, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa. Doa selamat telah dibacakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan terjemahan serentak dalam bahasa Tamil dan Mandarin.
Bagi pertama kalinya dalam sejarah, upacara angkat sumpah itu tidak diadakan di Istana Negara tetapi diadakan di hadapan gambar besar Seri Paduka Baginda Yang di-Dipertuan Agong di rumah Anwar Ibahim sendiri.
Di petik dari Malaysia Kini.
16 Sept: Kenyataan penuh Anwar Sep 16, 08 4:13pm Hari ini rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia- hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan- kita sekarang berada diambang kemenangan. Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat.Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini.Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini.
ANTARA KITA dipetik dari Blog Malaysia Today
Oleh MOHD SAYUTI OMAR
SEBENARNYA tarikh 16 September bukan satu tarikh baru yang perlu dikenang. Ia telah menjadi sebutan sejak 45 tahun lalu. Tarikh itu antara tarikh keramat bagi rakyat negara ini. Hari itulah penubuhan Malaysia dimana Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu mewujudkan Malaysia.Namun tarikh itu menjadi popular dan sebutan umum apabila Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mensasarkan pada tarikh itu nanti kerajaan Barisan Nasional akan tumbang dan sebuah kerajaan baru – Malaysia Baru akan dibentuk menerusi Pakatan Rakyat.Sejak itu, 16 September menjadi sebuatan dan dinanti-nantikan. Rakyat yang mempercayai dengan kebolehan dan sihir politik yang ada kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu yakin pada tarikh itu kerajaan Malaysia akan berubah. Akan berakhirnya kerajaan BN/Perikatan yang menguasai negara ini selama lebih setengah abad lalu.Tanpa mengira bagaimanakah proses peralihan kuasa itu ia disokong dan menjadi satu harapan semua orang khasnya generasi baru dan pengundi yang memilih parti-parti Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu. Semua orang terbangkit dari satu impian baru tentang apa yang diura-uarkan itu.Walaupun pihak parti kerajaan menganggap sasaran itu sebagai gimik politik yang tidak berasas dan mencemuhkannya dengan berbagai senda dan analogi namun dalam masa sama mereka juga cemas dan turut sama memperkatakannya. Ini jelas apabila Perana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiba-tiba telah melaburkan berbagai insentif baru serta projek tambahan kepada Sabah dan Sawarak.Tindakan Abdullah itu dilihat sebagai benteng mempertahkan agar tidak berlaku penghirjrahan ramai-ramai ahli Parlimen Sabah ke dalam Pakatan Rakyat seperti mana didesas-desuskan. Anwar mendendangkan seramai 30 ahli Parlimen akan menyeberangi memihak kepadanya. Tindakan itu menunjukkan Presiden Umno dan Pengerusi BN itu juga termakan dengan desas desus berkenaan.Di Sabah kerajaan Persekutuan telah memberi 13 bentuk insentif baru selepas pilihan raya lalu khasnya selepas timbul desas desus ahli Parelimen negeri itu akan bersama Anwar. Ia juga dilihat sebagai usaha mengambuskan tawaran menarik Anwar kepada rakyat Sabah. Anwar dalam mengampungkan saham politiknya untuk menjadi Perdana Menteri telah menawarkan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak lebih menarik. Beliau menaikan 10 peratus lagi menjadikan 15 peratus berbanding dengan royalti sedia ada hanya 5 peratus.Tindakan dan angan-angan Anwar itu nampak serius dan realistik lagi apabila beliau dilihat sebagai terdesak untuk berada segera di Parlimen bagi membolehkan mengetuai kerajaan baru itu.Kerana itu pengosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh oleh isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah pada 31 Julai dilihat tergesa-gesa kerana mengejar tarikh itu dan sekaligus menampakkan keseriusan Anwar untuk mengambil alih kerajaan. Dengan tindakan Azizah itu menyebabkan para penyokongnya yakin ianya bukan sebagai gimik politik murahan tetapi sesuatu yang sudah pasti akan berlaku.Keyakinan ini juga ditambahi lagi dengan rekod kehebatan Anwar dalam politik. Beliau mampu mengubah suasana dan membentuk satu suasana baru dalam arena politik tanahair. Kejayaan demi kejayaanya meraih kedudukan dan terus menjadi fokus umum walaupun berada di penjara adalah antara kehebatan yang ada kepada Awnar dan menyebabkan beliau dianggap sebagai luar biasa.Kemenangan beliau dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh, 26 Ogos lalu dengan majoriti besar 15,671 satu lagi bukti bahawa bekas Menteri Kewangan itu mampu melakukan apa saja. Anwar berjaya meraihkan apa yang diingininya tanpa keraguan.Kejayaan itu menyebabkan rakyat semakin tidak sabar menanti detik keramat 16 September. Dalam hal ini apa yang diletakkan rakyat adakalanya lebih besar daripada apa yang diimpikan Anwar di sebalik tarikh itu. Dan adakalanya rakyat semacam sudah dihasut oleh satu keinginan yang ebgitu tinggi.Kemampuan Anwar memenangi pilihan raya itu dan meraih undi besar juga dilihat sedikit sebanyak kerana desas desus berkenaan. Rakyat yang kagum dan terpesona dengan Anwar dan meletakkan itu memberi undi kepadanya.Satu segi gegeran yang dibuat Anwar itu telah memberi keuntungan dan membawa tuah kepadanya.Kemasukan ke Parlimen dan mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen pada 27 Ogos lalu dilihat sebagai beliau makin menghampiri mengapai apa yang dicanangkan itu. Kehadiran beliau itu yang mendapat tepukan dan menjadi tumpuan benar-benar mengejutkan orang ramai. Kehadiran beliau itu juga membentuk suasana baru dan membentuk fikiran rakyat agar lebih komited lagi dengan tarikh 16 September.Persoalannya apakah peristiwa penting pada tarikh 16 September itu akan menajdi kenyataan; beliau akan mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri ke-6? Dalam tempoh tidak sampai 15 hari lagi akan tiba tarikh itu orang ramai terus diulik pertanyaan dan penuh suspen.Mungkin Anwar dan orang terdekatnya – kumpulan G9 telah mengetahui apa yang berlaku pada tarikh tersebut. Beliau sudah membuat persiapan rapi untuk berhadapan dengan kenyataan yang bakal berlaku kelak. Namun bagaimana dengan mereka yang berada dalam luar mindanya?Hari ini harapan orang ramai khas penyokong Pakatan Rakyat begitu besar sekali pada tarikh berkenaan. Rata-rata kini mereka sudah mula menghitung perubahan besar akan berlaku dengan berbagai agenda di ketengahkan sebaik negara ini diterajui oleh Pakatan Rakyat. Apakah akan jadi sekrianya pada tarikh berkenaan tidak berlaku sesuatu yang diharapkan itu?Mengenai hal ini rakyat seharusnya perlu mengosongkan sedikit ruang fikir dalam minda masing-masing. Rakyat juga harus bersedia dan beranggapan ia mungkin tidak akan berlaku seperti mana dirancangkan itu. Sekrianya 16 September tidak membuahkan apa-apa hendaknya rakyat tidak akan jadi begitu kecewa sangat.Dalam menanti 16 September ini rakyat perlu bersikap terbuka dan memahami sedalam-dalamnya tindak tanduk dan strategi politik.Dalam menanti perubahan yang bakal berlaku itu elok kalau orang ramai berfikiran terbuka dan bebas dan tidak mengikatkan hati mereka dengan tarikh berkenaan. Untuk tidak terlalu kecewa sekiranya 16 September tidak bisa menumbangkan kerajaan BN, mulai saat ini orang ramai perlu mengubahkan persepsi 16 September bukannya hari kejatuhan atau tumbangkangnya kerajaan BN tetapi sebagaiu detik permulaan yang realistik ke arah kejatuhan kerajaan BN dalam tempoh beberapa tahun ini.
Di petik dari Malaysia Today
Zulkifli Sulong is a veteran journalist who writes an exclusive weekly column with The Malaysian Insider apart from editing the Bahasa Malaysia weekly Siasah.
Saya katakan jadi kerana apa yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat dan apa yang berlaku dalam Umno dan Barisan Nasional sekarang membayangkan ia akan jadi.
Dalam Pakatan Rakyat, terbahagi kepada tiga kumpulan. PKR, DAP dan Pas. Hampir kesemua pimpinan PKR yang saya temui yakin seyakin-yakinnya, perubahan ini akan berlaku.
Elizabeth Wong (ketua penerangan Wanita PKR dan juga Exco Selangor) yang saya temui di majlis pertama yang beliau sertai selepas pulang ke Malaysia dari mengekori pasukan BN BBC dalam “lawatan sambil belajar” ke Taiwan yakin ia akan jadi. Ketika ditanya apakah ia Oktober, November atau Disember, Eli tegas mengatakan “lebih cepat dari itu”.
Dalam Pas, saya nampak ada dua kumpulan. Majoriti mereka yakin ia akan jadi. Kepada pemimpin Pas yang berada dalam sekretariat Pakatan Rakyat, mereka benar-benar yakin ia akan berlaku.
"Angka yang diperlukan sudah ada cuma masalah teknikal sahaja sekarang," kata Datuk Kamarudin Jaffar, Setiausaha Agung Pas. Yang dibimbangi oleh beliau adalah halangan-halangan yang bakal dibuat oleh Umno untuk mempastikan perkara ini tidak berlaku.
Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali sebagaimana wawancaranya dengan sekumpulan media agak tidak berapa yakin perkara ini akan jadi. Beliau memberikan alasan teknikal dan politik. Pandangan Mustafa juga dikongsi oleh beberapa pihak dalam DAP.
Untuk alasan teknikal, ada dua pandangan besar diberikan oleh beberapa pihak. Satu kumpulan yang berpegang kepada pandangan Profesor Dr Abdul Aziz Bari, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) manakala satu lagi berdasarkan pandangan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abbas. Ia berkaitan dengan bagaimana kerajaan baru ini boleh ditubuhkan.
Abdul Aziz berpandangan, boleh dibuat tanpa melalui proses undi tidak percaya dalam Dewan Rakyat. Cukup sekadar Yang di-Pertuan Agong mempunyai keyakinan bahawa Anwar mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan baru. Bagaimana Yang di-Pertuan Agong hendak yakin dengannya, itu boleh dilakukan diluar Dewan Rakyat. Saya difahamkan, ini pandangan Prof Aziz.
Namun Tun Salleh berpandangan, proses ini perlu berlaku dalam Dewan Rakyat. Perlu ada undi tidak percaya dalam Dewan Rakyat dan kerajaan yang ada dijatuhkan dahulu dengan Perdana Menteri meletakkan jawatan dan barulah boleh Perdana Menteri baru dilantik.
Saya difahamkan, Istana Negara lebih berminat untuk melalui proses yang berdasarkan pandangan Tun Salleh itu. Tidak semestinya pandangan Aziz Bari salah tetapi pandangan Tun Salleh lebih selamat jika dilaksanakan. Maknanya, yang Anwar kata beliau mempunyai angka yang cukup itu perlu diuji di Dewan Rakyat.
Persoalannya kini, bagaimanakah caranya untuk sampai ke peringkat undi tidak percaya itu. Saya difahamkan, ada dua jenis usul dalam Dewan Rakyat. Kedua-dua jenis usul ini, bakal membawa Anwar dan penyokongnya ke jalan mati. Orang Kelantan kata “cannot go nih”.
Atas dasar itulah mungkin, cara-cara lain perlu dibuat oleh Anwar. Yang kita ketahui, sudah dua pucuk surat telah dihantar Anwar dan Pakatan Rakyat kepada Abdullah. Yang pertama pada 15 September lalu iaitu surat meminta satu pertemuan diadakan antara pemimpin Pakatan dengan Perdana Menteri Abdullah. Namun, ia telah dijawab, "tidak" oleh PM.
Surat yang kedua telah dihantar pada 18 September oleh Pakatan. Ia ditandatangani oleh tiga pemimpin utama Pakatan iaitu Anwar sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas) dan Lim Kit Siang (pemimpin DAP). Ia bertujuan meminta Abdullah mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat. Dari situ, kata Anwar, ia akan dibuktikan samada Pakatan Rakyat mempunyai angka yang cukup atau tidak untuk membentuk kerajaan baru. Namun Abdullah juga berkata “tidak”.
Itu semua boleh dikatakan faktor yang berlaku dalam Pakatan. Bagi saya, faktor yang berlaku dalam Umno dan BN juga boleh membawa kepada pertukaran kerajaan baru ini akan jadi.
Baru-baru ini, kami di Siasah dikunjungi sekumpulan pemimpin dari Insap (Institut Kajian Strategik dan Polisi) yang dimiliki MCA. Rombongan yang dipimpin oleh CEO Insap, Fui K Soong ini turut disertai oleh pegawai dari bahagian penerangan MCA.
Dalam perbincangan hampir dua jam itu, mereka mendedahkan MCA bersedia untuk menjadi pembangkang dari menyerai kerajaan Pakatan. MCA tidak bersedia untuk menjadi “second brother” kepada DAP dalam Pakatan. Mereka juga rasa selepas menjadi pembangkang, MCA akan lebih berwibawa dan sokongan kepadanya akan kembali semula dari kalangan masyarakat Cina.
Pendek kata, MCA sendiri secara moralnya sudah bersedia menjadi pembangkang iaitu selepas BN jatuh. Itu apa yang berlaku dalam MCA.
Gerakan sendiri secara tegas sedang mengkaji untuk meninggalkan BN. Bahkan, disebut-sebut akan menyertai Pakatan Rakyat atau mana-mana parti dalam barisan baru politik negara itu.
Hal ini dipersetujui oleh para pegawai kanan Insap ini kerana bagi mereka ideologi dan struktor Gerakan membolehkan mereka menyertai PKR atau Pakatan.
Umno pula sedang berlaku perpecahan dalaman yang amat dahsyat. Ketika pemimpinnya mempermainkan soal 16 September, mereka menghantar 41 anggota Parlimen mereka dan parti BN yang lain ke Taiwan untuk “lawatan sambil belajar” ke sana bagi mengelakkan tarikh 16 September.
Begitu juga cabaran Anwar agar Abdullah mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat (untuk membuktikan dia masih mempunyai penyokong yang cukup atau tidak) di tolak oleh Abdullah. Padahal jika Abdullah yakin, sudah pasti cabaran itu disambut dan “matikan” apa yang dikatakan sebagai “retorik” Anwar itu dengan sidang Dewan Rakyat itu secara tuntas.
Saya yakin, Abdullah tidak yakin sebenarnya. Bukan kerana Anwar sahaja tetapi dari dalam Umno sendiri. Ini kerana, andai katalah Abdullah membuat sidang tergempar itu, kumpulan Muhyidin (yang inginkan peralihan kuasa dalam Umno berjalan dengan lebih cepat), mereka akan menyokong undi tidak percaya kepada Abdullah. Maka dengan itu Abdullah akan jatuh sebagai Perdana Menteri.
Namun, ketika ingin melantik Perdana Menteri baru, Muhyidin boleh pulang kepada BN kembali dan melantik Datuk Seri Najib atau beliau sendiri sebagai PM baru. Itu juga boleh berlaku.
Jadi dengan segala perkara yang tidak menentu ini, Abdullah tidak akan bersetuju untuk adakan sidang tergempar Dewan Rakyat dan akan berbuat apa sahaja termasuk menggunakan portfolio baru yang dipegangnya, Kementerian Pertahanan.
Namun, saya penuh keyakinan, perubahan kerajaan tetap akan jadi cuma persoalan masa sahaja sekarang. Marilah kita tunggu, semoga ia tidak terlalu lama.
17 September, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment