06 October, 2008

Cuba fikir cara islam pula krisis kewangan

Jangan simpan duit..?
"Aku tak baca detail sangat... tapi sejak jadi unit trust consultantni... aku tahu satu teori yg disebut RULE 72. Org ekonomi tahu bendani.Kalau nak tahu half value the money... guna rule ni bahagikan denganinflasi rate. Skrg ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say... dlmmasa 18 tahun lagi value duit RM100 skrg akan jadi RM 50 18 tahunakan dtg.
Oleh itu, saving kita hendaklah cari yg dapat bagi return per yearlebih besar drpd interest rate. Kalau saving dlm tbg haji 4.75% dgninterest rate 4%, dalam masa 18 tahun akan dtg, secara teori kitaakan hanya ada keuntungan 0.75% shj.
OLEH itu juga simpan didalam instrumen yg bolh bagi return yg besardan selamat." "pasal financial planning tu, kau kata duit boleh simpan sampai 2nd &3rd generation. Aku ragu2 sikit sbb apa yg aku tahu, pakar2 ekonomi duniameramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkanekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya merekaada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islamyg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pastiakan terjadi) Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank.Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M.Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni takmungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni ChristianKatolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2Bush, professor di Havard dan Oxford , org2 kuat IMF, Bank Dunia dansegala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse,keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia1930's. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis bukutajuk "FUTURE FASTFOWARD".
Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia keranamengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince,KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dahnak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas ygdikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di Dubai dan ada cawangan diLabuan . Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duitemas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M danPak Lah memang well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.
Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasalmasalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik).Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlmbank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulakakan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni takboleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan diapasal "money creation" oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni takkeluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian,utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN,BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu). Sekarang, ekonomi sudahteruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reautersdan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapibacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis spt Herald, Weekly Commentator,Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Mediamcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat research sikit2pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat researchpasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-
1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalirberdekatannya)
2. emas dan perak
Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis.Rezab emas terbesar berada di US dan Europe . Nak ambil emas, merekatukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internetmengenai sejarah dan asal usul bank)
Sudahnya, kita semua satu dunia,simpan duit kertas yg menurut pakarekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIAINTERNET DI BAWAH TOPIC "THE DEATH OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyakdan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk dimasa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee(sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak adatanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagitak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakarankerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era "haus kerana tidak ada air" dan"bergelap kerana tiada minyak" menurut kata penganalisis dunia).
Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorangpakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja.Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, "Tan Sri, apakita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear?" Dia jawab, "nocomment. You kena tanya menteri." Aku call pejabat menteri, menterilak pergi US . Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaganuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.
Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baikatau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpanduit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapatdaripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. 'Idon't keep money," macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia,dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dankaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAHBANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadipenyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti.Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al-Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, diaterkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUITKERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, USsekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPABANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan kenegara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedangberligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujukrencana2 mengenai krisis dolar Amerika).
Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-
MD IMF, Rodrigo de Rato, "We believe such a large imbalance ofgrowing indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but forthe world economy.
Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas "over time there is onlyone direction for the dollar to go - lower".
Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : "we view them asTIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economicsystem."
Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, "we have a 75%chance of a crisis within 5 years".
Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiransahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku ni, terpulang lah.
Ø Wallahualam
"Dengan Hikmah Kita Meneroka"

Krisis sep 2008

Situasi semasa
Pada 20 September 2008, purata indeks Dow Jones Industrial telah kehilangan 504 mata atau 4.42 peratus.
Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengambil alih korporat gergasi gadai janji kewangan Fannie Mae dan Freddie Mac. Tindakan bailout seperti ini pernah berlaku di Malaysia namun ditentang oleh Amerika Syarikat.
Plan __ telah dijalankan bagi menangani masalah ini tetapi pelabur pasaran saham semakin lari dari bursa saham. Pelabur berluba-lumba mengeluarkan wang tunai dari bank-bank dan membeli emas pula. Pasaran dunia tidak lagi bersandarkan kepada emas sejak Presiden Richard Nixon berkuasa.
Pasaran terus jatuh selepas langkah menyelamat kerajaan AS bernilai AS$85 bilion terhadap penanggung insurans American International Group yang gagal menenangkan para pelabur besar mahupun pelabur kecil-kecilan. Suntikan dana AS$85 bilion bagi American International Group Inc (AIG) oleh Bank Rizab Persekutuan, New York belum memadai untuk meyakinkan para pelabur. American International Group Inc (AIG) merupakan syarikat insurans terbesar di dunia dan juga penaja kelab bola sepak Manchester United. Jika suntikan dana tidak diberikan, AIG akan muflis seperti Lehman Brothers.
Pada September 2008, terdapat khabar angin tentang bank pelaburan Lehman Brothers memfailkan untuk kebangkrapan, syarikat terbesar dalam sejarah korporat AS. Berita pengambilalihan Bank of America bernilai AS$50 bilion ke atas pesaingnya Merrill Lynch & Co. Kebangkrapan mendadak Lehman dan Merrill Lynch menyebabkan kehilangan kecaiaran wang tunai daripada ekonomi. Nilai mata wang jatuh mendadak. Modal tidak ada untuk membiayai operasi perniagaan kewangan dan perbelajaan pengguna. Imbangan kira-kira juga terjejas dan menggoncang insitusi bank itu sendiri.
Washington Mutual berada di ambang kemuflisan. Syarikat ini merupakan bank pinjaman dan simpanan terbesar AS. Syarikat Morgan Stanley juga berhadapan dengan rantaian keruntuhan domino ini.
[sunting]Punca
Templat:Main:Krisis gadai janji subprimaLambakan hutang tidak berbayar sehingga menjejaskan kecairan tunai institusi kewangan di negara Amerika Syarikat itu.Bank pelaburan keempat terbesar Amerika, Lehman Brothers muflis. Banyak rumah terpaksa dilelong kerana pembeli tidak mampu membayar.Industri hartanah merudum.Krisis harga makanan dunia menyumbang kepada krisis ini. Bahan makanan utama dunia seperti beras dan tepung diperdagangkan di bursa saham untuk mendapatkan keuntungan lebih besar. Pemanasan global memberi kesan rantaian kepada harga barang makanan . Kos keseluruhan makanan global semakin meningkat dan terus meningkat.Liberalisasi ekonomi akan terjejas. Sepatutnya ekonomi sesebuah negara tidak boleh terlalu tertutup. Kuasa beli rakyat haruslah dipertingkatkan untuk mengurangkan krisis ekonomi ini.Kecairan mata wang yang ketat. Banyak bank mula takut untuk meberi pinjaman mudah membeli hartanah dan perumahan.PBB kekurangan dana untuk membantu negara membangun terutama di Afrika yang berkecamuk dengan masalah kemiskinan dan kebuluran. Negara yang bergantung pekej kewangan Amerika akan terjejas teruk.
Puncanya kerana hutang semakin meningkat. Hutang pembiayaan perumahan semakin meningkat akibat memberi hutang kepada individu dan institusi yang tidak layak berhutang. Mereka tidak mampu membayar hutang dan menyebabkan hutang lapuk melambak-lambak. Hutang lapuk ini berjangkit ke Sepanyol di Eropah kerana menerima pakej kewangan mudah dari Amerika. Mana-mana negara yang enggan menerima pakej pinjaman mudah ini akan terselamat.
Keruntuhan Lehman Brothers berpunca antara lain akibat penjual singkat. Pelabur membeli saham untuk keuntungan jangka pendek dan menjual segera. Malaysia pernah melarang niaga kontra ini di bursa saham yang melibatkan pelabur dalam dan luar seperti daripada George Soros.
Gabenor Bank Thailand, Tarisa Watanagase melihat punca krisis kewangan Amerika sama dengan punca krisis kewangan Asia 1997. Tetapi krisis ekonomi AS ini lebih sukar diatasi kerana melibatkan pasaran modal paling besar dan paling canggih .Pelabur mengambil risiko terlalu tinggi, menyebabkan harga aset melambung ke paras yang melampau. Sekarang adalah tempoh pembetulan semula harga saham. .[1]
Pada 18 September 2008, Ketua Ahli Ekonomi RAM Holdings Bhd Dr Yeah Kim Leng menyatakan pasaran perumahan hanya mengalami pembetulan antara 15 dan 20 peratus, yang bermakna masih terdapat ruang bagi pembetulan dan lebih stabil. [2]
[sunting]Langkah menangani
Secara global, peraturan permainan (permintaan dan penawaran) akan berulang.
Bekas Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan Tun Dr Mahathir Mohamad mewncadangkan tambatan ringgit semasa krisis pada 1998 yang akhirnya membantu Malaysia terlepas dari kegawatan kewangan 1997-1998. Idea Dr Mahathir itu pada mulanya dianggap gila dan tidak diterima secara global tetapi akhirnya membantu negara Malaysia. [3]

[sunting]Kesannya kepada Malaysia
Malaysia tidak menerima kesan langsung kerana sejak dahulu Malaysia tidak menerima pakej pinjaman kewangan perumahan dan subprima dari Amerika. Namun kesan masih ada kerana import dan eksport antara kedua-dua negara. Malaysia cukup berhati-hati dengan Perjanjian Perdangan Bebas yang dimeterai antara kedua-dua negara.
Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Seri Nazir Abdul Razak menyatakan kesan krisis kewangan Amerika 2008 kecil kepada negara Malaysia. Sektor korporat dan bank dari Malaysia tidaklah begitu aktif dalam pasaran global. Oleh itu ia tidak menjejaskan terbitan bon dan sukuk Malaysia. Institusi kewangan Malaysia juga tidak meminjam dari pakej pinjaman Amerika. Beberapa cawangan bank Amerika terdapat di Malaysia seperti Citibank.
Bank CIMB adalah penyedia perkhidmatan kewangan dan perbankan kedua terbesar di Malaysia. CIMB juga merupakan kumpulan perbankan universal terkemuka di Asia Tenggara.
Pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia ke luar negara mengatasi pengaliran masuk sebanyak RM8.96 bilion pada 2007. Pada tahun 2006 , FDI Malaysia ke luar negara hanyalah RM20.9 bilion. Tetapi tahun 2007 meningkat kepada RM38 bilion. Ia disumbangkan oleh syarikat multinasionail seperti Petronas , YTL Corp , Genting , Telekom Malaysia , Sime Darby dan Maxis . Kerajaan Malaysia sendiri menggalakkan pelaburan ke luar negara. Faktor lain ialah membina atau meraih jenama serta teknologi, dan mendapatkan sumber alam yang semakin berkurang di Malaysia.[4] Malangnya pelabur tempatan tidak digalakkan untuk pelaburan semula (re invest).
Pada 20 September 2008, sekali lagi Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya tambatan ringgit diadakan semula untuk mengurangkan impak krisis ekonomi Amerika terhadap mata wang Malaysia. Pengurusan apungan terurus ke atas ringgit seperti yang dilakukan sekarang tidak cukup berkesan malah merugikan. Selama ini pakar ekonomi Malaysia masih berasa rendah diri dan bergantung kepada model pakar ekonomi Barat. Imbangan dagangan masih memihak kepada Malaysia kerana harga kelapa sawit dan petroleum berada pada tahap yang tinggi. [5]
Pada 1997 kadar tukaran ditetapkan pada RM3.80 bagi setiap 1 dolar AS. Kemudian pada 21 Julai 2005, kerajaan Abdullah Ahmad Badawi memansuhkan tambatan ringit dan nilai ringgit kemudiannya ditentukan dengan mengapungkannya secara terurus berbanding sekumpulan mata wang asing terpilih. Ketika itu pakar ekonomi mahu tambatan ringgit dibuang dan membiarkan pasaran bebas menentukan kadar tukaran mata wang. Tambatan ringgit hanya menyekat perniagaan mata wang yang sangat menguntungkan itu.
Psda 19 September 2008, Datuk Seri Najib Tun Razak membatalkan misi ke PBB dan Arab Saudi kerana mahu memastikan tugas barunya sebagai Menteri Kewangan Malaysia menghadapi krisis kewangan dunia. Beliau mahu mendapatkan angka-angka ekonomi daripada Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Saham Malaysia dan Bank Negara.[6] Kerajaan perlu sentiasa mengawal inflasi, memantapkan sektor pelaburan, memperkukuhkan institusi kewangan dan menggerakkan ekonomi domestik. [7]

Krisis kewangan sep 2008

Krisis Kewangan Amerika Syarikat 2008 merujuk kepada keruntuhan ekonomi, perdagangan, gadai janji subprima perumahan di Amerika Syarikat yang semakin parah sejak 2007 dan berlarutan pada tahun 2008. Keadaan ini dilihat sama dengan Krisis Kewangan Asia 1998 yang melanda Thailand, Indonesia, Malaysia, dan lain-lain. Malahan Kemelesetan Dunia 1930 akan berulang.
Bursa saham di seluruh dunia menjunam pada September 2008 apabila beberapa syarikat gergasi di Amerika Syarikat terjerumus ke dalam masalah kewangan akibat krisis kredit perumahan . Bursa Saham Wall Street terus jatuh dan boleh menyebabkan AS berdepan dengan kemelesetan ekonomi. Walaupun krisis ekonomi ini sangat teruk tetapi AS masih mampu bertahan kerana kebanyakan perdagangan dunia diuruskan dengan Dolar AS. Lagipun mekanisma FDI masuk ke Amerika Syarikat dan FDI ke luar masih amat menguntungkan Amerika Syarikat.
Pada 25 September 2008, Presiden Amerika Syarikat, George W Bush memberi amaran bahawa banyak syarikat akan gulung tikar (bankrap), ramai pekerja akan menganggur. Kerajaan Amerika Syarikat terpaksa menggunakan wang cukai rakyat untuk menyelamatkan beberapa syarikat (bailout) agar tidak menjadi muflis. Kongres Amerika Syarikat setuju menyuntik dana 700 bilion untuk bailout tetapi masih tidak cukup dan paras terendah belum dicapai dan mungkin terus menjunam lagi.
Namun ramai pakar ekonomi menyatakan krisis sekarang tidak seteruk mana. [perlu petikan]

Saya nak memahami krisis kewangan dunia september 2008

Tulisan Louw boleh membantu kita memahami situasi yang sedang berlaku. Maka saya akan memetik beberapa fakta yang beliau nyatakan.
Fannie Mae dan Freddie Mac, dua syarikat gergasi di Amerika yang menjadi penyebab masalah yang kita hadapi sekarang, sebenarnya ditubuhkan atas dokongan kerajaan Amerika, atau dikenali sebagai 'Government Sponsored Enterprises' (GSE).
Mereka ditubuhkan untuk membolehkan lebih ramai rakyat Amerika mendapat pinjaman perumahan. Matlamat utama kerajaan Amerika pada waktu itu ialah untuk membolehkan lebih ramai rakyat Amerika membeli rumah, termasuklah golongan berpendapatan rendah.
Dalam rangka mencapai matlamat mereka, syarikat-syarikat ini telah mendokong kredit dan pinjaman subprima yang jauh melangkaui tahap pinjaman yang munasabah. Tetapi mereka terus disokong oleh pelabur kerana kedua-dua syarikat ini dianggap sebagai dilindungi oleh kerajaan.
v Federal National Mortgage Association (Fannie Mae) ditubuhkan pada tahun 1938 oleh kerajaan Presiden Roosevelt di bawah agenda New Deal yang amat banyak dipengaruhi oleh idea-idea sosialisme.
Fannie Mae mencipta satu 'pasaran pinjaman peringkat kedua' dengan cara membeli pakej pinjaman daripada bank secara pukal, lantas menyatukan pakej-pakej itu sebelum dijual semula kepada pelabur domestik dan antarabangsa.
Federal Home Loan Mortgage Association (Freddie Mac) pula ditubuhkan oleh kerajaan Amerika pada tahun 1970 kononnya untuk menjadi persaingan kepada Fannie Mae. Jika digabungkan, aset kedua-dua GSE ini amat besar, iaitu 45 peratus lebih tinggi daripada aset Citicorp, bank terbesar di Amerika.
Jumlah pinjaman yang mereka biayai melebihi USD$5 trilion. Fannie Mae sendiri sahaja membiayai pembelian 55 juta rumah, satu jumlah yang amat banyak. Kedua-dua GSE ini mendapat subsidi kerajaan bernilai USD$6.5 bilion setahun.
Kedua-dua syarikat ini terus menikmati dokongan kerajaan. Bekas Gabernor Federal Reserve Alan Greenspan pernah menyebut bahawa "Pasaran menganggap bahawa kerajaan menjamin operasi syarikat itu".
Vernon Smith, pemenang anugerah Nobel, pula pernah menyatakan bahawa syarikat-syarikat GSE sebenarnya merupakan syarikat yang ditanggung oleh semua pembayar cukai.
Maka, walaupun kedua-dua syarikat ini beroperasi dalam 'sistem kapitalis' Amerika Syarikat, mereka sebenarnya menikmati faedah daripada polisi sosialis seperti subsidi dan perlindungan kerajaan.
Malahan, mereka ditubuhkan pun atas prinsip sosialisme! Ini membolehkan mereka terus mendokong penawaran produk yang mungkin tidak dapat bertahan lama dalam sistem pasaran terbuka sebenar � iaitu pinjaman subprima. Mereka berani mengambil risiko yang terlalu besar, dan pelabur pula terus melabur, kerana mereka dilihat sebagai dilindungi kerajaan.
Kegagalan Freddie Mac dan Fannie Mae sebenarnya mendedahkan betapa bahayanya jika kerajaan masuk campur dalam urusan ekonomi dan perdagangan secara berlebihan.
Apabila kerajaan menubuhkan atau mempertahankan syarikat-syarikat tertentu yang beroperasi dalam pasaran, kerajaan mencipta satu persepsi bahawa walau apa sekalipun yang dilakukan oleh syarikat-syarikat berkenaan, ia tetap selamat.
Pelabur akan berfikiran bahawa kerajaan pasti akan menyelamatkan syarikat itu dan risiko pelaburan mereka rendah walaupun aktiviti syarikat itu berisiko tinggi.
Maka tidak ada apa-apa yang menghalang pelabur, dan ekekutif syarikat tersebut daripada meneruskan strategi tidak bertanggungjawab termasuklah memberi pinjaman kepada mereka yang sebenarnya tidak mampu.
Dalam pada itu, syarikat-syarikat ini memastikan agenda politik kerajaan tercapai, iaitu membolehkan rakyat membeli rumah walaupun mereka sebenarnya tidak berkebolehan untuk membayar balik pinjaman.
Gerald Driscoll, pakar ekonomi daripada Cato Institute, mengatakan bahawa apa yang berlaku di Amerika sekarang adalah akibat daripada sistem 'kapitalisme kroni'.
Driscoll berpandangan bahawa ahli perniagaan dan ahli politik bersekongkol dalam hal ini. Ahli-ahli politik telah mencipta syarikat gergasi menggunakan wang rakyat dan dengan jaminan perlindungan kerajaan.
Lantas syarikat itu pula kadang kala memberi sumbangan kepada agenda politik tertentu. Jika kita mahu membandingkan dengan Malaysia, ini boleh berlaku apabila syarikat-syarikat yang didokong kerajaan membiayai atau memberi subsidi kepada agenda politik tertentu.
Kita bernasib baik kerana sistem pasaran bebas dan kapitalisme akhirnya mendedahkan salah laku dan ketamakan syarikat-syarikat ini.
Sistem pasaran bebas dan kapitalisme telah menghukum syarikat-syarikat yang melakukan kesalahan seperti Freddie Mac, Fannie Mae dan lain-lain lagi.
Jika diturut sistem kapitalisme, maka syarikat-syarikat ini akan terpaksa gulung tikar. Malangnya, elemen-elemen sosialis dan ahli-ahli politik pragmatik dalam pentadbiran Amerika masih mahu melindungi Freddie Mac dan Fannie Mae, mungkin untuk mencapai faedah politik jangka pendek (pilihanraya Amerika akan berlangsung tidak lama lagi).
Keruntuhan Fannie Mae dan Freddie Mac sebenarnya merupakan kejayaan kapitalisme dan pasaran bebas dalam mendedahkan salah laku dua syarikat bantuan kerajaan tersebut. Ia bukan kegagalan kapitalisme. Sebaliknya ia membuktikan keampuhan kapitalisme dan pasaran bebas dalam menghukum salah laku dan ketamakan yang keterlaluan. Jangan pula kita dikelirukan oleh puak sosialis yang cuba menangguk di air keruh.