| | | |
| Saturday, 25 October 2008 | |
|
Kita bersetuju dengan kenyataan Nazri Aziz, pemilihan UMNO adalah pemilihan untuk satu pemulihan dan kekuatan UMNO, bukannya untuk memilih seorang Ketua Menteri ataupun Menteri Besar. Pemilihan UMNO bukan satu kerja main-main tetapi ada bahagian yang sedang bermain-main dengan pemilihan untuk jawatan Timbalan Presiden. Susah untuk diterima akal kecuali orang yang kurang waras sahaja bersetuju mencalonkan serta memilih kedua pemimpin yang bertaraf Menteri Besar dan Ketua Menteri ini untuk menjadi pemimpin nombor dua Negara. Kita tidak tahu bahawa ada kemungkinan Bahagian-Bahagian UMNO yang memilih kedua pemimpin ini diserang sindrom badi kekalahan teruk pada pilihan raya lalu hingga mereka menjadi sukar untuk berfikir tentang masa depan parti mereka. Adakah mereka ini begitu yakin kedua pemimpin yang bertaraf pemimpin negeri ini mampu membantu Najib untuk memulihkan kembali kekuatan UMNO ataupun mereka hanya sekadar askar upahan yang dihantar ke gelanggang untuk menghancurkan masa depan UMNO supaya terus terkubur menjelang PRU13 nanti. Apakah sebenarnya pula yang Bahagian-Bahagian UMNO mahu harapkan daripada kedua pemimpin yang bertaraf pemimpin negeri ini ? Adakah mereka ini gila kuasa? Ataupun mereka ini jenis pemimpin yang tidak tahu mengukur baju di badan sendiri. Walaupun Pak Lah begitu sekali membenci Muhyiddin, mereka berdua ini sepatutnya lebih memikirkan masa depan parti daripada menjadi alat kepada Pak Lah untuk lebih menghancur lumatkan UMNO. Mereka berdua harus mengakui bahawa mereka bukan pemimpin yang mampu menjadi penyelamat UMNO malah kehadiran mereka berdua kali ini menjadikan keadaan parti lebih rumit, bercelaru serta koyak rabak. Mereka adalah kepimpinan ortodoks yang sepatutnya sudah tamah tempoh. Mereka perlu sedar kedudukan mereka dan jangan hanya mendengar cerita tali barut sendiri yang akan memberi input yang salah dan lebih bercorak membodek. Mereka berdua ini sepatutnya membeli cermin yang lebih besar untuk mencerminkan diri dan bertanya tentang keupayaan mereka kepada cermin tersebut. Apakah mereka berdua ini layak untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pemimpin bertaraf dunia sedangkan tahap pendidikan mereka serta pengalaman yang dikutip hanyalah sesuai untuk pemimpin bertaraf negeri masing-masing Cubalah buat perbandingan secara ilmiah dan bukan kerana emosi antara mereka berdua dengan Muhyiddin Yassin. Pengalaman Muhyiddin lebih diperlukan untuk peringkat antarabangsa kalau mahu dibandingkan dengan Ali Rustam yang sebelum ini diberikan tanggungjawab menjaga Biro Keahlian dan Latihan UMNO, apa yang Ali buat? Begitu juga dengan Mat Taib, tugasnya sebagai Ketua Penerangan ternyata gagal apabila kerja-kerja penerangan beliau tidak mampu mempengaruhi rakyat untuk memilih UMNO dan Barisan Nasional sebagai parti yang benar-benar berkesan untuk negara ini dan akhirnya BN hilang dua pertiga di parlimen. Kita tahu rasuah politik sedang hebat ketika ini dan berapa banyak agaknya yang Ali Rustam laburkan untuk mendapatkan pencalonan sehingga ada Bahagian-Bahagian yang mencalonkan mereka dan berapa banyak pula Mat Taib sediakan sehingga beliau mendapat pencalonan seperti hari ini? Kita tidak mahu penyakit bangsat pemimpin yang mahu berkuasa menggunakan wang terjangkit kepada seluruh ahli parti hingga mereka turut menjadi pemimpin ataupun pewaris kepada pimpinan yang bangsa bangsat serta tidak bermaruah. Kedua mereka ini adalah datang daripada jenis pemimpin yang hanya mahu mengejar jawatan serta kuasa dan mereka bukan sebenarnya seorang ahli parti yang sayangkan masa depan parti. Kedua mereka ini dilihat hanyalah menjadi alat kepada Pak Lah kerana kebencian ataupun kemarahan peribadi Pak Lah terhadap Muhyiddin. Mereka sebenarnya tidak ada apa-apa dan mereka ingin menjadi seperti apa sekarang ini hanyalah kerana mereka budak suruhan yang tidak tahu apa-apa. Cermin-cerminkanlah diri anda ! |


ENTAH
No comments:
Post a Comment