Islam, Pendapat
- Saturday, November 08, 2008 - 10 comments
JANGAN BODOHKAN FATWA!
Dalam temuramah di bawah, Ivy Josiah, Pengarah Eksekutif Woman's Aid Organization ditanya tentang fatwa yang bakal diputuskan mengenai pengharaman senaman yoga. Dia dengan selambanya menjawab :“Kenapa mufti mahu mengawal hidup orang ramai? (Seperti) Apa yang mereka pakai, apa yang mereka makan, ke mana mereka pergi dan bagaimana mereka bersenam… ““Saya fikir ini kerja bodoh (mengongkong hidup orang ramai) dan menjadikan negara ini bahan ketawa,”“Kita harus ingat bahawa ini (keputusan fatwa) bukannya soal moral tetapi lebih kepada tindakan ‘mengongkong’. Apa sahaja yang keluar daripada fatwa, (ini menunjukkan kepada kita bahawa) para mufti dan pemimpin politik cuba mengongkong komuniti dan masyarakat…” Kenapa Ivy Josiah yang mendakwa sudah 26 tahun membela nasib wanita di negara ini (kononnya tidak memihak pada mana-mana agama) sanggup mengeluarkan kenyataan bodoh seperti di atas. Memang benar negara ini memberikan kebebasan bersuara. Akan tetapi, apa yang ingin disuarakan haruslah tidak menyentuh sensiviti agama di negara ini. Tindakannya yang mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa adalah sama seperti menghina agama Islam. Ivy kena faham bahawa fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Mufti hanya perlu dipatuhi oleh orang Islam. Ianya tidak ada kena-mengena dengan hidup orang bukan Islam. Apa kelayakan Ivy untuk mencampuri urusan agama Islam? Adakah kamu memahami Islam lebih daripada apa yang difahami oleh para mufti di negara ini? Buat Ivy, berhentilah mengeluarkan kenyataan bodoh yang boleh menaikkan kemarahan orang lain. Sebagai professional, kamu kena bersikap professional dan jika kamu tidak berpuas hati dengan mana-mana keputusan Majlis Fatwa di negara ini, pergilah berjumpa dengan para mufti dan ajukan segala pandangan anda. Islam bukanlah agama yang mengongkong umatnya tetapi Islam adalah agama yang membimbing umatNya ke arah kebaikan dan kejayaan. Peraturan yang dikenakan dalam Islam bukannya bertujuan untuk mengongkong atau menindas, sebaliknya hanyalah sebagai garis panduan untuk menentukan mana yang boleh dan mana yang tidak boleh. To Ivy Joshua, please don’t repeat that ‘rubbish’ statement again.[The Women's Aid Organisation (WAO) is an independent, non-religious, non-governmental organisation based in Malaysia, committed to confronting violence against women.] Di bawah ini, sedutan ceramah Ustaz Zaharuddin mengenai betapa sukarnya sesuatu fatwa itu diputuskan kerana fatwa yang dikeluarkan mestilah bersandarkan kepada dalil, kajian dan perbincangan.
08 November, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment