14 December, 2008
Itu perancangan untuk lembu ya 3 juta 2015 dijangka penduduk kita 30 juta
RANTAU PANJANG, 14 Dis (Bernama) -- Kerajaan mensasarkan mampu mengeluarkan tiga juta ekor lembu untuk pasaran dalam negara terutamanya menjelang 2015 bagi mengurangkan kebergantungan terhadap lembu yang diimport.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed berkata jumlah sebanyak tiga juta ekor itu penting bagi menampung keperluan pengguna memandangkan jumlah ternakan lembu dan kerbau di seluruh negara hanya 700,000 ekor sahaja.
"Tidak dinafikan negara kini banyak bergantung kepada lembu import terutamanya dari negara jiran kerana bekalan yang tidak mencukupi ditambah pula dengan lembu tempatan jenis Kedah-Kelantan yang bersaiz kecil," katanya kepada pemberita selepas melawat kandang ternakan lembu EP Marketing di sini, hari Ahad.
Mustapa berkata penternak lembu juga perlu mengambil langkah jangka panjang dengan menghasilkan baka bermutu daripada lembu-lembu yang diimport supaya negara juga mampu menghasilkan lembu yang lebih berkualiti terutamanya daripada segi saiz.
"Jika dilihat saiz lembu import ini besar antara 450 dan 500 kilogram seekor berbanding lembu tempatan hanya kira-kira 250 kilogram," katanya.
Beliau berkata lembu tempatan kini hanya menyumbang kira- kira 24 peratus sahaja keperluan daging tempatan.
Mengulas mengenai kegiatan penyeludupan haiwan ternakan terutamanya lembu, beliau tidak menafikan perkara itu agak serius dan memerlukan tindakan tegas.
"Kita akan terus meningkatkan kawalan di pintu-pintu masuk negara bagi memastikan haiwan ini dikuarantin supaya ia tidak menjejaskan haiwan ternakan tempatan," katanya.
Mustapa berkata undang-undang penguatkuasaan berkaitan kegiatan penyeludupan haiwan ternakan juga perlu dikaji semula memandangkan banyak perkara yang kurang relevan.
"Kita tengah kaji dan mungkin tahun depan undang-undang berkenaan akan diubah,' katanya.
-- BERNAMA
Ubi kayu teknologi tinggi

Tahan panas sehingga 180 darjah Celsius
Pinggan ubi kayu berisi makanan tahan empat jam sebelum kembang.
JIKA anda memikirkan nasib dugong, ikan jerung atau penyu yang mati terjerut selepas termakan plastik, selain sampah sarap lambat lupus atau yang tidak boleh dilupuskan, anda pasti mengutuk diri anda sendiri kerana menjadi penyumbang kepada masalah itu.
Oleh itu kehadiran pinggan yang dihasilkan daripada ubi kayu memang dinantikan kerana ia boleh menggantikan pinggan pakai buang yang turut menjadi ejen pencemaran dan penyumbang kepada sampah sarap.
Uniknya pinggan ubi kayu yang dikeluarkan Natures Harmony Industries Sdn Bhd (NHI) boleh dimakan. Ia tiada rasa, tidak mengenyangkan tetapi unik dan istimewa.
Pinggan ubi kayu mesra alam dan dapat mengurangkan penggunaan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik dan polistrin.
Walaupun pinggan ubi kayu boleh bertahan selama dua tahun sebelum lupus sendiri, ia boleh dibiourai dengan pantas jika dicampak ke tanah dan lupus dengan mudah jika terendam dalam air manakala sisanya boleh dijadikan bahan makanan binatang ternakan.
Proses penghasilannya juga mudah. Pinggan yang diperbuat daripada 99 peratus tepung ubi kayu ini bermula sebagai tepung yang diformulasikan selama 20 minit, sebelum diuli dalam mesin uli selama 30 minit.
Selepas menjadi doh, ia akan dipotong kecil-kecil menggunakan mesin. Doh dimasukkan ke dalam acuan khas mengikut putaran mesin. Untuk menghasilkan 6,000 biji pinggan, 17 kilogram doh diperlukan. Acuan dibakar antara 220 hingga 240 darjah Celsius dengan anggaran setiap 45 saat sekeping pinggan pakai buang boleh dihasilkan.
Proses untuk menghasilkan mangkuk, bekas makanan dan talam daging juga sama hanya acuannya saja berbeza.
Mampukah pinggan ubi kayu menahan kepanasan makanan atau menyerap cairan? Melalui penyelidikan dan pembangunan, NHI menghasilkan pinggan pakai buang itu dengan formulasi istimewa yang mana ia boleh menahan panas sehingga 180 darjah Celsius atau selama empat jam tanpa menjejaskan bentuk dan ketahanannya.
Untuk makanan sejuk, pinggan ubi kayu boleh bertahan lebih dari sehari. Ini kerana antara proses akhir penghasilannya adalah melindunginya dengan salutan khas bagi menahan kelembapan.
Lapisan salutan ini sama sekali tidak menjejaskan konsep mesra alam yang dipromosikan kerana salutan itu dibuat daripada polimer terpilih yang selamat untuk penggunaannya. Ia juga adalah salutan standard digunakan dalam industri penyediaan makanan yang membantu produk ketahanan produk.
Dalam sebulan, lapan tan metrik tepung ubi kayu digunakan untuk menghasilkan 1.5 juta pinggan, tetapi dengan tempahan yang meningkat, dijangka antara 30 hingga 50 tan metrik ubi kayu diperlukan untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 48 juta unit pinggan.
Namun, bukan sebarang ubi kayu boleh diuli untuk dijadikan pinggan pakai buang. Hanya ubi kayu jenis KU 55 boleh diproses menjadi pinggan kerana ia lebih tinggi kandungan seratnya manakala ubi kayu jenis lain kurang serat yang menyukarkan proses pembentukan pinggan.
Berbanding dengan harga pinggan pakai buang lain, pinggan ubi kayu mungkin sedikit mahal di pasaran iaitu RM3.50 untuk 10 keping.
Hampir 90% pelajar di luar bandar lebih mudah menyerap ilmu sains dan ilmu kira-kira ni dalam bahasa yang difahami.
BAHASA MELAYU MELAWAN BALIK
Isu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di sekolah mengelirukan ramai rakyat jelata. Cendekiawan, pencinta dan pejuang bahasa terus meningkatkan kritikannya dan sekarang telah merebak di kalangan generasi muda, penulis dan mahasiswa.
Promoter bahasa Inggeris sedang memperluas propagandanya untuk
mempengaruhi fikiran dan sikap rakyat dengan berceramah di sana sini, dan menggunakan RTM dan media supaya bahasa Inggeris terus dikekalkan dalam Sains dan Matematik sehingga memfitnah bahawa mereka yang membangkang menentang ilmu dan bahasa ilmu (Inggeris). Buat apalah kelirukan rakyat yang tidak berdosa kerana tidak ada sesiapa yang begitu bebal menentang bahasa Inggeris . Apa yang ditentang menggunakannya sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolah kerana penggunaan bahasa Melayu telah terbukti sangat-sangat berjaya selama ini menanamkan ilmu pengetahuan kepada berjuta pelajar hingga ada yang menjadi pensyarah serta Professor yang bukan sedikit jumlahnya.
Kerana ada seorang yang mengigau , jutaan orang disusahkan. Ini semua menjadi beban kepada Barisan Nasional yang merosot teruk sokongan terhadapnya pada PRU 2008, sehingga 5 negeri jatuh ke tangan PKR. Takkanlah kerajaan BN hendak tambah lagi kesulitan bagi menghadapi waktu tiga empat tahun ini dengan kemelut yang tak menentu dalam ekonomi, perpecahan dalaman parti, krisis kepercayaan, protes ISA, politik wang , rasuah, dan inflasi. Kata orang " the centre is breaking". Tidak semua orang di Malaysia ini suka nak masuk campur
persaingan politik. Rakyat hendakkan kestabilan supaya aman dan senang mencari nafkah. Bukan kestabilan ekonomi saja, tetapi kestabilan pertumbuhan kebudayaan kerana hidup ini bukan untuk perut yang lapar saja, tetapi harus ada maruah, harga diri, maruah bangsa, dan siapa kita dalam hubungan dengan siapa yang lain. Bahasa MelayItalicu itu memberi takrifan siapa dia Melayu-Islam di Malaysia ini, dan bahasa kebangsaan bagi sesiapa yang menjadi warganegara Malaysia.
aku susah nak faham kenapa orang politik campur tangan dalam urusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. budak-budak sekolah terutama di kampung sebahgian besar mereka membaca dan membaca dalam bahasa seharian.Mereka tak mungkin nak menggunakan bahasa inggeris di rumah. kalau adapun orang politik yang pernah jadi cikgu kebanyakannya ...selalu sebok politiknya jumpa menteri sana sini, jadi dia kurang bertanggung jawab jadi tak berapa tahu hal berkaitan sekolah. Asyik nak mengejar karier politik dari nak jadi cikgu.
Bahasa Melayu mesti diutamakan
Siang tadi, jam 12, saya menghantar Vagn Plenge dan isterinya Lakambini Sitoy ( nama timangannya 'Bing') ke Stesen Keretapi lama untuk menaiki bas ekspres ke Penang. Vagn dari Denmark, pertama kali saya kenali 33 tahun lalu sewaktu beliau ke KL mencari bahan-bahan budaya seperti sastera untuk siaran radio.
Kini Vagn menjalankan sebuah penerbit kecil untuk menerbitkan karya sastera terjemahan dari negara-negara panas. Dialah penerbit, penterjemah dan editor ; dan ujarnya, " Saya telah merasai segala pahit getirnya". Pada musim gugur 2005 sewaktu diundang ke Pameran Buku Frankfurt, sedang saya leka bersembang dengan peserta lain di Dewan Antarabangsa, saya terkejut apabila Vagn tiba-tiba menyapa saya. Walaupun sudah lebih 30 tahun tidak bertemu, dia masih dapat mengecam wajah saya dari ruang tempat dia memamerkan buku-buku terbitannya.Dia hanya mengambil sebuah petak kecil saja untuk bahan pamerannnya kerana itu yang termampu, katanya. Gerai pameran di Frankfurt memang terlalu mahal kerana peserta dari seluruh dunia berebut datang ke sini.
Bing, isteri barunya selepas isteri pertamanya meninggal, berusia kira-kira 26 tahun lebih muda daripada Vagn. Dia penulis Filipina yang pernah menjadi wartawan dan kolumnis di Manila Times; dan memenangi hadiah-hadiah , penghargaan dan fellowship di UK, dan di Copenhagen. Dia lincah , prolifik, petah dan masih penuh ghairah dengan kehidupan sedangkan Vagn seperti dahulu : tenang, penyabar, dan bila berbicara teratur serta berhati-hati. Saya tidak dapat membayangkan saya mempunyai teman hidup di meja makan, di taman dan di katil dengan penulis seperti Bing yang segar bugar dan meluap dengan kreativiti. Saya tiga tahun lebih tua daripada Vagn, dan tak mungkin menjadi Vagn yang selalu nampak sabar dan tenang. Jadi nasehat saya pada teman-teman yang berangan-angan hendak beristerikan penulis muda, janganlah layan sangat keinginan itu kalau tak boleh menjadi seperti Vagn dari Denmark.
Saya gembira dapat menemukan Vagn serta Bing dengan kawan-kawan dari DBP, ITNM, dan PENA kerana Vagn baru saja menerbitkan kumpulan cerpen ASEAN termasuk empat cerita dari sastera Melayu Malaysia. Terdahulu dia menerbitkan terjemahan Ranjau Sepanjang Jalan Shahnon dalam bahasa Denmark. Mudah-mudahan pertemuan ini akan menghasilkan lebih banyak sastera Malaysia dibaca di negara jauh yang sejuk yang berada dekat dengan kutub utara dunia.
Menurut Vagn walaupun Denmark mempunyai penduduk sekitar lima juta orang, tetapi penerbitannya dalam bahasa Denmark dari segi jumlah judul setiap tahun cukup maju. Sekarang perkembangannya disaingi oleh kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi elektronik. Tentang bahasa Denmark ia tetap menjadi bahasa pengantar dalam sistem pendidikannya dari sekolah hingga ke universiti. Bahasa Inggeris hanya baru diajar pada tahun ketiga di sekolah. Di dalam hati, saya berasa hiba mengenangkan kita di sini sengaja meminggirkan bahasa Melayu walaupun penduduk kita lima kali lipat lebih besar. Cuma Denmark lebih banyak menghasilkan pengarang dan pemikir ternama seperti Hans Christian Andersen, dan Kierkegaard sehingga mentaliti pemimpin-pemimpinnya menjadi kukuh berdiri di atas bumi filsafat dan budaya bangsanya.
Kemudian anwar di anu...
3 September, 1998. - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah didakwa meliwat seorang lelaki sebanyak 15 kali, melakukan hubungan seks dengan wanita pelbagai bangsa dan cuba memikat isteri orang. Dakwaan-dakwaan tersebut terkandung dalam afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi pada 3 September 1998.
Afidavit itu mendakwa Anwar menerima RM60 juta daripada Pengarah Eksekutif Perhubungan Awam, Magnum Corporation Berhad, Datuk Nallakaruppan a/l Solaimalai atau Nalla pada pilihan raya umum 1995.
Selain itu, Nallakaruppan yang didakwa sering mengikutinya ke luar negara dan menjalankan aktiviti-aktiviti sebagai orang tengah yang membolehkan Anwar dipergunakan oleh anasir-anasir jahat bagi mengancam keselamatan negara.
Afidavit tersebut difailkan oleh Ketua Bahagian Pendakwaan Undang-Undang, Bukit Aman, Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis II, Musa Hassan yang merupakan penyelia pegawai penyiasatan bagi kes buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menerima afidavit tersebut bersama-sama tiga lagi afidavit untuk dijadikan sebagai bahan rekod dalam kes Nallakaruppan.
Musa, Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah, Ketua Pengarah Penjara, Datuk Omar Mohamed Dan, Penolong Pesuruhjaya V. Ramasamy memfailkan afidavit-afidavit berkenaan sebagai jawapan untuk menolak permohonan Nallakaruppan supaya penahanannya dipindahkan dari lokap Bukit Aman ke Penjara Sungai Buloh.
Antara kandungan di dalam afidavit Musa itu berbunyi: ''Seorang saksi lelaki telah menyatakan bahawa dia telah diliwat oleh Anwar sebanyak 15 kali. Kegiatan homoseksual ini telah berlaku di beberapa tempat termasuk di sebuah apartmen Tivoli Villa di Bangsar.'' Kenyataan ini berasaskan Buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM".
Terdapat juga kenyataan oleh seorang saksi yang menyatakan dia mengesyaki kakak iparnya menjalin hubungan seks dengan Anwar.
Selain itu, afidavit itu menyebut Anwar telah dilihat oleh seorang saksi menyamar memakai rambut palsu selepas pulang dari Tivoli Villa.
Menurut afidavit itu lagi, bekas pemandu peribadi Nallakaruppan membuat kenyataan bahawa dia pernah membawa Anwar pergi ke tempat tertentu untuk perkhidmatan seks haram. Dia pernah ditugaskan oleh Nallakaruppan untuk pergi mengambil perempuan-perempuan berbangsa Cina, Mexican, Eurasian dan bangsa lain untuk kegiatan seks haram.
Seorang lagi saksi wanita dalam afidavit itu, yang bekerja di sebuah syarikat di mana Nallakaruppan adalah salah seorang pengarah syarikat tersebut menyatakan, dia telah dibawa oleh Nallakaruppan ke Tivoli Villa dan terperanjat ditemukan dengan Anwar.
''Mereka telah mengadakan hubungan seks. Setelah selesai mengadakan hubungan seks dengan Datuk Seri Anwar saksi ini menyatakan bahawa mereka telah berbincang tentang hal ehwal politik negara. Nallakaruppan telah memberi saksi ini RM350,'' tambah afidavit itu.
Menurut afidavit itu, sewaktu polis menjalankan siasatan, satu lagi laporan polis telah dibuat oleh seorang ahli korporat yang mendakwa bahawa Anwar cuba memikat isterinya. Perkara itu berlaku ketika beliau dan isterinya mengikuti rombongan Anwar ke Washington.
Dalam siasatan polis, Nallakaruppan juga didakwa terlibat dalam aduan yang dibuat oleh ahli korporat itu. Polis juga dikatakan mempunyai maklumat bahawa Nallakaruppan sering mengikuti Anwar ke luar negara dan menjalankan aktiviti-aktiviti sebagai orang tengah yang membolehkan Anwar dipergunakan oleh anasir-anasir jahat luar negara.
Hakim Abdul Wahab Patail yang mendengar kes itu turut memutuskan untuk menolak permohonan Nallakaruppan memadamkan beberapa perenggan dalam afidavit itu yang didakwa mengandung unsur skandal yang keterlaluan dan tiada kaitan dengan apa yang dibangkitkannya.
Hakim itu dalam alasannya berkata: ''Saya berpuas hati bahawa afidavit itu adalah relevan dan layak dijadikan rekod bagi kes ini.''
Peguam-peguam Manjeet Singh Dhillon dan Balwant Singh Sidhu yang mewakili Nallakaruppan mengemukakan permohonan itu untuk mencabar kesahihan penahanan anak guamnya di lokap Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Dalam permohonannya, Nallakaruppan menamakan Ketua Pengarah Penjara, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Berhubung kes itu, Nallakaruppan menghadapi tuduhan memiliki 125 peluru hidup jenis Fiocchi 6.35 mm, kira-kira pukul 8 malam pada 31 Julai 1998 di rumahnya, No.1-1, Selekoh Tunku, Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Dia didakwa mengikut Seksyen 57(1)(b) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 (semakan 1972) yang membawa hukuman mati mandatori.
Nallakaruppan ditahan di lokap Bukit Aman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan atas dakwaan membabitkan keselamatan negara.
Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Azahar Mohamad dan Timbalan Pendakwa Raya, Stanley Augustin bertindak mewakili pihak pendakwa.
Bagaimana pun segalanya ini adalah antara fakta palsu yang cuba diketengahkan oleh pihak yang mengujudkan konsfirasi politik di peringkat tertinggi pimpinan negara Malaysia bagi menjatuhkan DSAI.
Anwar menafikan semua tuduhan
3 September, 1998. - Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini dalam tahun 1998 telah dengan kerasnya menafikan semua tuduhan berhubung perlakuan sumbang dan penglibatan dengan anasir-anasir jahat luar negara yang boleh mengancam keselamatan dan kesejahteraan negara, sebagaimana didakwa.
''Ia adalah rekaan belaka. Saya akan menentangnya habis-habisan,'' katanya pada sidang akhbar yang penuh sesak dengan kira-kira 200 pemberita di rumahnya di Jalan Setiamurni, Bukit Damansara petang 3 September, 1998.
Beliau yang dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 Sepotember, 1998 mendakwa, terdapat cerita-cerita tidak benar dalam afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini oleh Peguam Negara dan polis.
Dalam afidavit itu Peguam Negara dan polis menyenaraikan penglibatan homoseksual Anwar dengan seorang lelaki dan hubungannya dengan pelacur-pelacur wanita yang dibekalkan oleh seorang pengarah syarikat, Nallakaruppan a/l Solaimalai.
Anwar berkata, saksi-saksi berkaitan kes tersebut ''telah ditekan dan diugut supaya membuat kenyataan mengaibkan saya pada mata ramai''.
Ini merupakan reaksi pertama Anwar terhadap perlucutan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta tuduhan-tuduhan ke atasnya yang beliau sifatkan sebagai fitnah besar. Isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berada di sebelahnya sepanjang sidang akhbar itu yang bermula pada pukul 3.08 petang dan berakhir 42 minit kemudian.
Beribu-ribu penyokongnya berada di rumah itu termasuk Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir ialah Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor.
Ketika Anwar tiba di rumahnya, beliau disambut dengan pelukan para penyokong dan ahli keluarganya. Apabila beliau duduk di depan pemberita, beliau membuat jenaka dengan bertanya: ''Apa yang berlaku?''
Pada sidang akhbar itu Anwar beberapa kali menegaskan bahawa beliau telah difitnah. Anwar mencabar musuh-musuh politiknya: ''Bariskan 100 pelacur, ini tidak akan merubah kenyataan bahawa semua ini adalah fitnah yang direka.''
Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri itu, penjelasan terperinci mengenai beberapa fitnah terhadapnya telah dikemukakan dalam surat-suratnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad bertarikh 25 dan 28 Ogos, 1998.
Anwar kemudian memberitahu, semua tuduhan itu tidak ada asas. Katanya, beliau mempunyai bukti dalam bentuk pita rakaman, dokumen dan kenyataan bersumpah yang ''akan menunjukkan saya tidak bersalah''.
''Fitnah-fitnah itu,'' katanya, ''bertujuan untuk menghakiskan keyakinan umum terhadap diri saya.''
Berusia 51 tahun, Anwar yang menyertai UMNO pada tahun 1982 dan sebelas tahun kemudian mendaki tangga kekuasaan kerajaan dengan menjadi Timbalan Perdana Menteri, tetap petah dalam jawapan-jawapannya kepada soalan pemberita.
Dalam nada tinggi, bekas pemimpin pelajar tahun 70-an itu berkata, jika beliau mahu mengikut cara permainan jahat, beliau pun boleh membayar wang kepada pelacur untuk mengenakan orang-orang tertentu.
''Saya tidak meminta sebarang keistimewaan daripada pihak berkuasa perundangan dan jentera penguatkuasaan di negara ini.
''Apa yang saya perkatakan ialah keadilan. Adalah sesuatu yang tragik apabila institusi kerajaan telah dipergunakan oleh mereka yang mengadakan pakatan terhadap saya untuk mereka-reka dan mengada-adakan tuduhan. Kalau saya, sebagai orang nombor dua di negara ini, tidak boleh mendapat keadilan dan menjadi mangsa tuduhan-tuduhan ini, maka saya rasa sedih bagi negara ini,'' katanya.
Beliau menyatakan ketidakgentaran untuk menghadapi tuduhan-tuduhan tersebut termasuk jika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau Akta Rahsia Rasmi (OSA). Secara berseloroh, beliau berkata, beliau telah mempunyai cukup pengalaman ditahan di bawah ISA pada tahun 70-an bagi menghadapi kemungkinan ditangkap sekali lagi.
Anwar Juga Dipecat Dari UMNO
3 September, 1998. - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO berkuat kuasa serta-merta. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad ketika mengumumkan keputusan itu tengah malam 3 Sept. 1998 berkata:
''Majlis Tertinggi (MT) UMNO sebulat suara memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada parti. Kita telah putuskan pemecatan itu secara musyawarah.'', dakwa Mahathir Mohammad.
Anwar, yang dipecat daripada kesemua jawatannya dalam kabinet dalam mesyuarat MT yang bermula pukul 9 malam. Kira-kira 22 minit sebelum Dr. Mahathir mengumumkan keputusan MT kepada para wartawan iaitu pada pukul 12.30 malam berkenaan, Anwar berjalan keluar dari bilik mesyuarat dan berkata ringkas: ''Biar PM buat kenyataan. Saya tiada urusan lagi di sini.''
Dr. Mahathir berkata, kekosongan jawatan Timbalan Presiden UMNO akan dibiarkan sehingga pemilihan parti tahun depan. Bagaimanapun Perdana Menteri berkata beliau akan memangku jawatan Menteri Kewangan buat sementara waktu.
Pengumuman itu dibuat dalam sidang akhbar yang disifatkan Dr. Mahathir sebagai luar biasa kerana dihadiri oleh kesemua anggota MT, dan ia menggambarkan keputusan pemecatan itu adalah secara musyawarah. Hanya Naib Presiden, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak hadir kerana menghadiri Persidangan Kemuncak Negara-negara Berkecuali di Afrika Selatan.
Ketika ditanya sebab pemecatan Anwar dari parti, Dr. Mahathir memberitahu: ''Ini tidak kena mengena dengan kerajaan. Ini adalah masalah parti dan kita telah bincang dengan panjang lebar. Kita membuat keputusan dan saya tidak perlu membuat penjelasan tentang sebab-sebab kita membuat keputusan demikian kerana ia mengikut budi bicara ahli MT.''
Mengenai jawatan dalam kerajaan pula, beliau dengan ringkas memberitahu: ''Kita mendapati beliau tidak lagi sesuai (untuk memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan).''
Kata Dr. Mahathir, kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen kawasan Permatang Pauh tidak terjejas. Beliau menjelaskan keputusan MT malam ini tidak akan memecahkan perpaduan di kalangan ahli-ahli UMNO ataupun mewujudkan puak memandangkan ia dicapai sebulat suara. Menurut Dr. Mahathir, mesyuarat khas MT malam ini hanya membincangkan satu perkara iaitu masalah Timbalan Presiden.
''Saya jelaskan tentang masalah ini dan kenapa MT perlu mengambil tindakan yang sesuai dengan apa yang dilaporkan,'' katanya sambil menambah Anwar kemudian diberi peluang penuh untuk menjelaskan dari segi pandangannya bagi mempertahankan diri.
''Dia dibenarkan bercakap selama mana yang dia mahu untuk mempertahankan diri,'' katanya.
Dr. Mahathir menambah bahawa ahli-ahli MT diberi peluang satu persatu menyuarakan pendapat masing-masing.
''Umumnya berpendapat Anwar harus menarik diri daripada UMNO. Jika tidak ia akan dipecat keahlian UMNO,'' tambahnya.
Anwar, katanya, diberi peluang sekali lagi menjelaskan pendiriannya dan beliau menyatakan tidak sanggup berundur daripada UMNO tetapi akan menerima apa juga keputusan yang dibuat oleh MT. Selepas Anwar diminta keluar, MT bersetuju mengundi secara konsensus dan sebulat suara membuat keputusan ''Anwar dipecat daripada keahlian UMNO.''
Ketika ditanya sama ada Anwar akan dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Rahsia Rasmi, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak tahu mengenai perkara itu.
''Tetapi sebagaimana dilaporkan (kandungan afidavit), terserah kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan sekiranya perlu saya pasti pihak berkuasa akan berbuat demikian,'' katanya.
Anwar kemudian turun dari bangunan itu dan berucap di hadapan kira-kira 1,000 penyokongnya yang menunggu di bawah. Sambil mengumumkan berita pemecatan itu beliau berkata: ''tindakan itu adalah bertentangan dengan keadilan... jadi saya akan lawan dan pertahankan hak saya.''
Katanya, beliau tidak bersalah terhadap sebarang tuduhan terhadapnya dan tidak bersedia untuk melepaskan jawatan. Bagaimanapun beliau menasihatkan penyokong-penyokongnya itu supaya bertenang dan tidak melakukan sebarang gangguan.
''Saya tidak mahu ada sebarang gangguan di sini yang akan memberi alasan untuk mereka menambah hukuman saya,'' katanya.
Sebelum berlepas pulang, beliau berkata kepada penyokong-penyokongnya: ''beri laluan kepada mereka (ahli-ahli MT yang akan pulang) tapi luahkan perasaan kamu.''
Sementara itu, Setiausaha Agung Datuk Sabbaruddin Chik berkata, paling cepat Anwar boleh memohon menyertai semula UMNO selepas tiga tahun.
Anwar dilucutkan jawatan
2 Sept.1998 - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilucutkan jawatannya pada hari ini dalam tahun 1998 sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, selepas 16 tahun empat bulan berada dalam kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.
Kenyataan tiga perenggan Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan tepat pukul 8 malam tersebut mengumumkan, perlucutan jawatan tersebut yang berkuat kuasa pukul 5.30 petang 2 Sept. 1998 itu didakwa telah dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Anwar, yang genap 51 tahun pada 10 Ogos 1998, menerima surat perlucutan jawatan itu pada pukul 7.05 malam di kediamannya yang terletak kira-kira 50 meter dari kediaman rasmi Perdana Menteri, Sri Perdana di Jalan Damansara.
Surat itu disampaikan oleh beberapa orang pegawai polis yang dilihat memasuki kediaman Anwar kira-kira pukul 7 malam. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor turut kelihatan berada di situ.
Majlis Tertinggi UMNO akan mengadakan mesyuarat khas dan ia dijangka membincangkan kedudukan Anwar selaku Timbalan Presiden parti itu.
Dalam kenyataan akhbarnya, Jabatan Perdana Menteri tidak mengumumkan calon yang akan mengisi kekosongan yang wujud berikutan pemecatan Anwar. Bagaimanapun Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, Tun Daim Zainuddin dilantik semula sebagai Menteri Kewangan. Daim adalah Menteri Kewangan dari tahun 1983 hingga 1991.
Beberapa minggu sebelum pemecatan ini, khabar angin telah tersebar luas dalam komuniti kewangan di ibu kota dan di kalangan para pemimpin politik bahawa Anwar telah diminta meletakkan jawatan, tetapi beliau enggan berbuat demikian.
Kediaman Anwar di sini mula didatangi oleh beberapa kumpulan ahli UMNO - termasuk Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi - selepas tengah hari dan menjelang malam, kawasan itu dikawal oleh anggota-anggota polis. Dianggarkan beribu-ribu penyokong Anwar berada di kediamannya malam tersebut.
Menurut beberapa orang pemerhati, apabila Anwar menerima surat perlucutan jawatannya, beliau membawa surat itu ke tingkat atas kediamannya. Ahmad Zahid kemudian mengumumkan kepada mereka yang berada di rumah itu bahawa Anwar baru sahaja menerima surat pemecatan.
Dalam beberapa bulan kebelakangan dari pemecatan ini, sudah tiga kali Anwar menafikan akan meletakkan jawatan walaupun terdapat desas-desus mengatakan beliau telah tidak sehaluan dalam banyak hal dengan anggota-anggota kabinet lain.
Dr. Mahathir juga memberitahu bahawa beliau akan menerima peletakan jawatan Anwar jika Anwar mengemukakan alasan yang kukuh untuk berbuat demikian. Kata Dr. Mahathir: ''Jika beliau memberi alasan yang kukuh mengapa beliau harus meletakkan jawatan, saya akan terima.''
Kebangkitan Anwar - daripada seorang aktivis pelajar tahun 60-an, mengetuai kumpulan pendesak Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada tahun 70-an dan kemudian menjadi pemimpin politik generasi baru dalam UMNO pada dekad 80-an dan 90-an - merupakan satu sensasi dalam politik Malaysia.
Beliau ialah Timbalan Perdana Menteri yang ketiga yang tersingkir sepanjang 18 tahun Dr. Mahathir memimpin kerajaan. Sebelum ini, Datuk Musa Hitam dipaksa meletakkan jawatan pada tahun 1986. Ghafar Baba pula menjadi Timbalan Perdana Menteri dari tahun 1986 hingga 1993, sebelum kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dicabar oleh Anwar pada pemilihan UMNO tahun 1993.
Anwar menjadi harapan rakyat negara ini sebagai pengganti Dr. Mahathir sebelum desas-desus tersebar di kalangan ahli-ahli UMNO dan pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) berhubung pengaruhnya yang semakin merosot dalam kerajaan dan keretakan hubungan beliau dengan Perdana Menteri.
Beberapa hari sebelum peristiwa ini, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ahmad Mohamed Don yang dikatakan mendapat sokongan Anwar meletakkan jawatan selepas tidak bersetuju dengan polisi drastik pengawalan mata wang dan kawalan modal yang diperkenalkan oleh Dr. Mahathir.
Anwar mempunyai sejarah politik yang berwarna-warni dalam UMNO iaitu parti yang merupakan tulang belakang Barisan Nasional. Beliau mengumumkan penyertaan aktifnya dalam UMNO pada 29 Mac 1982 dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di Jabatan Perdana Menteri di hadapan Dr. Mahathir sendiri. Anwar mengumumkan beliau memasuki UMNO ''kerana kagum dan yakin dengan pentadbiran dan corak perjuangan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad''.
Bekas aktivis pelajar yang pernah dipenjarakan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Anwar yang ketika itu berusia 35 tahun bertanding buat pertama kali dalam pilihan raya umum 1982 atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Pada pilihan raya itu beliau menumpaskan calon Pas dan DAP dengan majoriti 14,352 undi dan selepas pilihan raya umum itu, beliau terus dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Selepas itu, beliau dilantik sebagai Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan (1983), Menteri Pertanian (1984), Menteri Pendidikan (1986), Menteri Kewangan (1991) dan Timbalan Perdana Menteri (1993).
Di dalam UMNO, Anwar mendaki tangga kekuasaan dengan menjadi Ketua Pemuda UMNO (1982-1987), Naib Presiden (1987-1993) dan Timbalan Presiden (1993 hingga beliau dipecat 2 September 1998).
06 December, 2008
Reptilia terbang purba sebesar saiz kereta
BRASILIA - Satu fosil spesies reptilia terbang purba dengan memiliki sepasang sayap sebesar saiz sebuah kereta keluarga ditemui oleh sepasukan saintis British di hutan tebal timur laut Brazil.
Penyelidik Universiti Portsmouth mengenal pasti sebagai ahli keluarga pterosaur terbaru dan terbesar pernah dijumpai yang dipercayai terbang sekitar 115 juta tahun dahulu.
Saintis Mark Witton dalam jurnal Palaeontology melaporkan, sayap spesies itu sepanjang lima meter dan setinggi semeter serta dinamakan sebagai Lacusovagus yang bererti pengembara tasik.
"Tengkorak fosil ini daripada spesies chaoyangopteridae yang dijumpai di China dan disimpan di muzium Jerman didapati tiada gigi dengan kepak 60 sentimeter," katanya. - Agen
Imbas’ dasar laut - Telaga minyak boleh digerudi hingga sedalam 10 km



Kosmo! Ahad: Mengapa anda pilih minyak?
MOHD. ROHANI: Saya sangat meminati subjek Geografi kerana dapat belajar tentang kejadian alam seperti pembentukan gunung-ganang dan lembangan sungai.
Selepas menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya ditawarkan untuk mengikuti pengajian dalam bidang geologi di Universiti Northern Illinois, Amerika Syarikat, walaupun cita-cita asal saya ialah ingin menjadi doktor.
Saya tidak menyesal sekalipun sekadar menjadi ‘doktor batu’ kini kerana saya turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Tugas anda sebagai saintis geologi di ExxonMobil, mencabar?
Misi utama saya ialah untuk mencari serta menentukan saiz medan minyak dan gas yang terdapat di bawah dasar lautan menggunakan pelbagai teknik serta peralatan moden.
Selain itu, sebagai penasihat teknikal Jabatan Geosains, saya perlu memberi pandangan dari aspek teknikal ke atas semua projek pembangunan minyak dan gas ExxonMobil terutamanya yang berkaitan geosains.
Ini termasuklah merit teknikal, aspek keuntungan serta hazad-hazad keselamatan bawah tanah.
Di Malaysia saya terlibat secara langsung dengan pasukan aset untuk memantau dan mengendalikan lapangan minyak yang berada di dalam konsesi ExxonMobil.
Saya pernah bertugas di ibu pejabat Exxon Exploration Company di Houston, Texas, dan membuat kajian tentang potensi lembangan minyak di benua Afrika khususnya Angola dan Nigeria serta Venezuela dan Teluk Mexico.
Di Angola dan Nigeria, lembangan minyak kebanyakannya berada di laut dalam melebihi paras 200 meter berbanding perairan luar pantai Terengganu yang puratanya 60 hingga 70 meter.
PENCARIAN minyak dan gas banyak di bawah dasar laut. – Gambar hiasan.
Bagaimana anda ‘mengimbas’ kehadiran minyak di perut bumi?
Kajian minyak dan gas bermula dengan membuat tinjauan seismik - proses seperti membuat imbasan sinar-x ke atas tubuh. Melalui gambaran imej struktur bawah bumi, kami dapat membuat ramalan sama ada kawasan yang dikaji ada takungan minyak, gas atau kedua-duanya sekali.
Kami juga akan melakarkan peta rupa bentuk bawah permukaan bumi dan membuat anggaran kuantiti minyak berkenaan.
Kemudian kami akan mengemukakan cadangan untuk menggerudi telaga eksplorasi khusus bagi membuktikan minyak dan gas terdapat di situ serta mengetahui kualitinya.
Jika saiz medan minyak boleh dikomersialkan, kami akan memasuki peringkat pelan pembangunan lapangan.
Jurutera petroleum, jurutera fasiliti dan jurutera projek akan merancang kaedah terbaik membangunkan medan minyak termasuk menentukan saiz platform, bilangan telaga minyak yang diperlukan, saluran paip dan aspek infrastruktur berkaitan.
Sejauh mana hebatnya teknologi cari gali dan gerudi telaga minyak sekarang?
Semasa teknik penyulingan minyak mentah mula diperkenalkan di Pensylvania, Amerika Syarikat pada tahun 1850-an, minyak mengalir dengan sendirinya dari bawah tanah di beberapa lokasi. Malah ia boleh dikutip hanya dengan menggunakan baldi di kaki bukit sama seperti kita mengambil air telaga.
Pada masa ini pencarian minyak dan gas banyak ditumpukan di bawah dasar laut. Kita sudah ada teknologi seismik empat dimensi untuk mengimbas takungan minyak bawah tanah secara lebih terperinci selain penggunaan teknologi baru Enhanced Oil Recovery yang memerlukan kepakaran dalam bidang kejuruteraan petroleum.
Dalam bidang penggerudian telaga pula, kita mampu menggerudi telaga yang dalamnya melebihi 10 kilometer.
Adakah kos menggerudi minyak boleh mencecah RM1 bilion?
Sememangnya penggunaan kaedah terkini dalam proses membangunkan lapangan minyak dan gas akan menelan kos yang tinggi berjuta-juta, malah berbilion ringgit. Di Malaysia, kos menggerudi sebuah telaga minyak biasanya mencecah puluhan juta ringgit manakala di Afrika ada yang mencecah sampai ratusan juta.
Ada pengalaman lucu dan sukar dilupakan?
Saya berkesempatan membuat kajian tentang batu serta struktur bumi di beberapa tempat di Sepanyol, New Zealand dan Australia.
Selain itu saya juga membuat kajian geologi di beberapa tempat lain seperti di Death Valley, Grand Canyon dan Taman Negara Yellow Stone di Amerika Syarikat serta sekitar Air Terjun Niagara di Kanada.
Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah semasa ujian simulasi latihan keselamatan khas untuk pekerja yang mengunjungi fasiliti luar pantai yang memerlukan kami menaiki sebuah helikopter yang kemudian diterbalikkan di dalam air, serta latihan terjun ke dalam air dari paras 20 kaki.
Jika tidak bersedia boleh terketar-ketar dibuatnya (ketawa).
Dongeng cucu-cicit baginda Razak
| Yang nulis Hisamudin rais ni |
| Ya ampun baginda Razak, hamba menulis surat ini kepada tuan hamba agar ia dapat dibaca oleh anak cucu-cicit kita semua. Hendaknya apabila kita semua berada di alam baka nanti, maka anak cucu-cicit kita akan membaca kembali surat hamba kepada tuan hamba. Ya ampun! Ya ampun baginda, hamba telah mendengar surah dongeng labun tuan hamba. Hamba bersama teman dan sahabat dengan syok lagi tawadhu' melopong ternganga apabila tuan hamba membuka mulut. Apabila tuan hamba bercakap bahawa kebenaran hanya diketahui Allah, maka meleleh air mata hamba hingga ke lohong paha. Tidaklah pernah hamba melihat satu makhluk tuhan yang begitu jujur bersilat lidah. Inilah agaknya rahmat Yang Maha Esa yang telah dikurniakan ke atas tuan hamba. Tidak pernah hamba terlihat seorang syadu, seorang sufi atau seorang dukun dapat membelit seperti tuan hamba. Cakap tuan hamba di sidang itu benar-benar melainkan semua tidak benar belaka. Ya ampun baginda Razak, hamba juga turut berasa gundah-gulana apabila terdengar berita kematian Puteri Mongolia. Hamba bertambah sedih lagi sayu apabila hamba diberitahu bahawa puteri ini adalah gundek simpanan Yang Teramat Mulia Raja Muda yang bakal menjadi raja sekalian rakyat jelata. Hamba juga mendengar khabar berita tentang betapa cemburunya permaisuri ketika mengetahui bahawa ada gundek yang lebih disayangi daripada baginda ratu. Telah tersebar ke seluruh Melaka tentang api murka yang keluar terpancar dari dada tuan permaisuri Raja Muda. Ya ampun baginda tuan, api murka permaisuri ini bukan datang secara tiba-tiba. Adalah menjadi dongeng rakyat Melaka setiap permaisuri yang akan naik ke atas takhta, maka badannya wajib diukur dan dikira. Telah tersebar ke pelosok kampung dan kota, telah diketahui rakyat jelata tentang berita susuk permaisuri Raja Muda melebihi seekor anak gajah simpanan Tun Bendahara. Adalah menjadi perangai dan sifat anak-anak muda Melaka membuat lawak dan jenaka terhadap badan permaisuri Raja Muda. Dari apa yang hamba menerima berita, inilah punca yang menimbulkan angkara murka. Permaisuri Raja Muda telah mengetahui betapa ramping, langsing lagi ranggi pinggang Puteri Mongolia. Mengikut yang empunya cerita, cemburu melimpah marah bertambah. Mengikut kata yang empunya surah, seorang Tamil dari negara atas angin telah datang bersumpah di hadapan Balai Rong Seri bersama mudim dan pari-pari bahawa si Tamil legam itu mengetahui bahawa Raja Muda kita berkemudi di buritan kapalnya. Ya ampun baginda Razak, sahihlah dongeng berita Raja Muda "makan di luar dan suka makan di dalam". Makan di depan, makan di belakang telah menjadi nikmat pilihan Raja Muda kita. Ya ampun baginda, "makan depan, makan belakang" ini adalah surah yang dipungut dan dikutip oleh si Tamil dari mulut tuan hamba sendiri. Ya ampun tuan hamba, bukanlah niat hamba untuk membuat fitnah, jauh lagi untuk mencerca nama baik tuan hamba. Niat hamba untuk memberitahu seantero negara bahawa apa yang tuan hamba suarakan di sidang itu hanyalah dongengan karut semata-mata. Adalah hamba berjanji kepada rakyat Melaka untuk melaporkan duduk perkara sebenar. Adalah juga tanggungjawab hamba bukan menista dengan berita. Hendaklah tuan hamba tahu bahawa tidak ada seorang pun rakyat jelata yang mempercaya apa yang tuan hamba butirkan itu benar melainkan semuanya bukan benar semata-mata. Kisah hikayat Puteri Mongolia ini berpanjangan hendak-hendaknya. Adalah menjadi tabiat baik rakyat Melaka mereka amat suka melihat tuan hamba masuk sekali lagi ke rumah pasungan. Tidaklah busuk hati nurani mereka melainkan mereka ingin tahu duduk perkara sesahih-sahihnya. Ya ampun baginda tuan hamba, rakyat Melaka dan saentaro belantara dari Melaka ke Majapahit, dari Jambi hingga ke Pasai telah mendengar cerita tuan hamba menjadi kaya-raya kerana membeli dua bahtera. Apakah ini dongeng cerita hamba sendiri tidak terkata-kata hanya tuan hamba tahu duduk perkara. Mengikut kisah yang empunya ceritera, mengikut surah sumpah si Tamil legam, tuan hamba dilantik menjadi khadam yang kanan. Masuk istana keluar istana tanpa ditegur tanpa dilarang. Bukanlah rahsia rakyat Melaka untuk berdendam mencari mangsa. Mengikut surah sumpah si Tamil lagi, tuan hamba menjaga gundek-gundek Raja Muda. Mengikut tuan yang empunya ceritera, tuan hamba juga berligar ke kampong berligar ke kota mencari anak-anak dara untuk dijadikan gundek-gundek istana. Ya ampun baginda Razak, biarlah hamba meneruskan ceritera tentang permaisuri yang jatuh murka. Telah didengar rakyat Melaka tentang kisah permaisuri kita yang dahulunya seorang mak janda. Bergundek ke hulu bergundek ke hilir membuka paha. Ya ampun, telah menjadi berita atas arahan siapakah Puteri Mongolia musnah derita. Telah diketahuilah rakyat Melaka betapa permaisuri cemburu tersangat bagai gajah kena penyengat. Telah diketahui juga rakyat Melaka bahawa Raja Muda sering berduka berkongsi katil memeluk seekor unta walhal paduka bemimpi gundek langsing berambut panjang bukan permaisuri baginda berambut kontot. Ya ampun, tuan hamba dikatakan amatlah bergeliga mencari untung membeli bahtera. Biarlah hamba menyampai berita. Dari Naning hingga ke Melaka, rakyat tahu duduk perkara. Jangan cuba dibodohkan, jangan cuba dialpakan, rakyat sudah faham membaca warta berita. Tidak perlu bergelap, tidak perlu bersuluh pelita, kisah tuan hamba membeli dua bahtera dengan duit emas berkantung-kantung diketahui rakyat jelata. Al-kesah tuan empunya cerita, permaisuri telah membadak gegak gempita, lagi marah lagi murka maka diarah puteri disula, diseksa untuk menamatkan semua berita. Badan meletup rambut terbakar agar tidak diketahui siapa empunya benih. Dari atas angin sampailah berita, dari balai rong hingga ke rakyat jelata, semua ingin bertanya janin ini empunyanya siapa? Ya ampun baginda, adalah hamba mendengar berita amat sahih lagi nyata tentang Raja Mongolia amat besar amarahnya tidak dapat dikata apa-apa lagi. Ya ampun, adalah hamba mendengar berita si Tamil ditemui sudah. Dia bersyair lagi bermadah menunggu masa untuk mendedah sekali lagi. Ya ampun baginda Razak, adalah hamba mendengar berita lagi sahih lagi nyata tentang Raja Muda yang akan naik tahta akan disula rakyat Melaka. Beginilah berakhirnya surat hamba kepada tuan hamba. Ya ampun, tidaklah ada apa-apa lagi yang hendah hamba katakan. Hendaknya diketahuilah oleh cucu-cicit kita nanti tentang kisah murka permaisuri yang gedempol dengan puteri manis bistari, kisah Raja Muda yang takut bini, kisah gundek bertukar ganti. Maka dibuatlah rakyat Melaka pantun enam kerat untuk ingatan turun-temurun: Tam tam tun Tak perlu berpantun Dam dum dah Tak perlu bermadah Sidang baginda penuh dusta. |
Perkembangan Tanah Runtuh
Perkembangan terbaru lebih sejam selepas polis sah tiada lagi mangsa dilapor hilang
Oleh ARIFUDDIN ISHAK
BANTUAN... Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat menggunakan bantuan anjing dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang hari ini. Kira-kira 500 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada Polis, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia berada di kawasan kejadian bagi membantu usaha-usaha mencari, menyelamat serta membersihkan runtuhan. - fotoBERNAMA
LOKASI tragedi tanah runtuh yang berlaku awal pagi semalam. Gambar ihsan PDRM
ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat meneruskan operasi sepanjang malam tadi. - foto The Star oleh KEVIN TAN [DIKEMAS KINI, 1.30 tengah hari] KUALA LUMPUR: Selepas lebih sejam polis mengesahkan tiada lagi mangsa terperangkap atau maut dalam tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, maklumat terkini menyebut satu lagi mangsa dikesan masih berada dalam timbunan tanah.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Soiman Jahid berkata, kira-kira pukul 11.30 pagi tadi unit anjing pengesan pihaknya telah mengenal pasti ada satu mangsa dikesan.
Mangsa berkenaan berada di rumah bernombor 3 dan 4.
"Kini kerja-kerja menggali lubang sedang dijalankan," katanya di tempat kejadian.
LOKASI tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa terus menjadi tumpuan orang ramai malam tadi.Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar sebentar tadi.
Katanya, operasi carian terus dijalankan kerana mengambil berat dengan hasil unit anjing pengesan.
Dalam pada itu, keputusan sama ada untuk meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian runtuh dijangka ditentukan lewat hari ini selepas kajian terakhir Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) bersama pasukan keselamatan mengesahkan tiada lagi mangsa yang tertimbus di kawasan tanah runtuh.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, berdasarkan siasatan sehingga kini, tiada laporan mengenai kehilangan anggota keluarga atau pekerja bagi 14 pemilik banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama yang ranap ditimbus tanah runtuh awal pagi semalam.
Bagaimanapun, pihak keselamatan akan menggunakan pelbagai cara, termasuk alat pengesan bagi memastikan tiada lagi mangsa tertimbus di bawah runtuhan sebelum menghentikan operasi mencari dan menyelamat, kata pada sidang akhbar kedua hari ini.
Khalid berkata, pihaknya bimbang wujudnya kemungkinan orang luar yang melalui kawasan itu semasa kejadian tanah runtuh 4 pagi semalam, terperangkap dalam runtuhan.
BERITA TERDAHULU
Sah! Tiada lagi mangsa tanah runtuh
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan tiada lagi mangsa terperangkap atau maut dalam tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang terjadi awal pagi semalam.
Dengan itu polis juga mengesahkan mangsa yang disasarkan dalam operasi sejak semalam dan disambung semula sebentar tadi selepas ditangguhkan kira-kira empat jam, "sebenarnya tidak wujud."
Bagaimanapun Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan.
"Hanya kerja-kerja berat sahaja dihentikan kerana tanah tidak stabil," kata beliau pada sidang media terbaru sebentar tadi.
Beliau menjelaskan, mangsa yang dilaporkan semalam sebenarnya "tidak wujud."
"Oleh itu kami percaya semua mangsa sama ada selamat atau tertimbus telah habis dikeluarkan.
"Siasatan juga dilakukan ke atas semua syarikat keselamatan dan mereka memaklumkan tiada staf keselamatan bekerja di kawasan itu hilang," katanya.
BERITA TERDAHULU
Operasi disambung selepas dihenti 4 jam
KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa awal semalam, disambung semula selepas dihentikan selama hampir empat jam berikutan pergerakan tanah yang kuat pagi ini.
Operasi disambung semula sebentar selepas dihentikan kira-kira 6 pagi tadi.
"Operasi diteruskan semula pukul 9.30 pagi tadi.
"Tumpuan diberikan ke atas rumah No. 10 dan 14 kerana dipercayai (seorang) mangsa (lelaki) berada di kawasan berkenaan," kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Soiman Jahid.
Pukul 9 pagi tadi, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata: "Pergerakan tanah berlaku kira-kira pukul 6 pagi tadi."
Beliau berkata, operasi akan disambung semula setelah mendapat kebenaran Institut Kementerian Kerja Raya Malaysia (Ikram).
Beliau berkata, pasukan mencari dan menyelamat amat bergantung kepada alat pengesan mangsa bagi mengesan seorang lagi mangsa, dipercayai masih terperangkap dalam runtuhan itu.
"Menyelamatkan nyawa mangsa adalah misi dan objektif polis.
"Walaupun terdapat percanggahan maklumat mengenai mangsa yang terperangkap itu semalam, polis masih berusaha membuat penyiasatan rapi sama ada masih ada mangsa atau tidak yang terlibat dalam runtuhan itu," katanya.
Identiti mangsa yang sebenar belum diketahui.
Malah kata beliau, usaha membina jambatan yang dihentikan semalam kerana beberapa masalah teknikal diteruskan pagi ini.
Jambatan sepanjang lima meter dibina untuk menghubungkan tapak operasi ke kawasan perumahan berdekatan.
Penduduk kawasan setempat buat masa kini terpaksa menggunakan paip besar sebagai laluan untuk menyeberang.
"Penghuni Pangsapuri Impian dan banglo berhampiran juga sudah mengosongkan rumah masing-masing," katanya.
Jumlah anggota pasukan mencari dan menyelamat masih kekal 500 orang sehingga pagi ini.
"Cukup dengan jumlah itu," katanya.
Kejadian tanah runtuh itu mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus, menyebabkan beratusratus orang terperangkap di kawasan Bukit Antarabangsa.
Khalid berkata, penduduk yang meninggalkan kediaman mereka tidak perlu berasa bimbang mengenai harta benda mereka kerana pasukan Pasukan Gerakan Am (PGA) akan mengawal kediaman mereka 24 jam.
Beliau berkata, bantuan bekalan makanan turut dihulurkan kepada kirakira 20 penghuni yang masih enggan mengosongkan kediaman mereka.
Terdahulu Bernama melaporkan, pperasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa dengan menggunakan jengkaut diteruskan walaupun hujan renyai-renyai awal pagi ini.
Bilik operasi dan menyelamat, yang sebelum ini terletak 50 meter dari tempat kejadian, kini dipindahkan kirakira 400 meter daripada tempat itu kerana bimbang keadaan tanah yang masih kurang stabil.
Kejadian tanah runtuh yang berlaku pukul 4 pagi semalam mengorbankan empat orang apabila 14 buah banglo di keduadua taman itu tertimbus.
Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Shaiful Khas Shahrudin, 20; Dr N. Yogeswari, 40; dan Eng Yee Peng, 30; dan warga Indonesia Surinah berusia 30an.
Yang masih hilang ialah seorang lelaki dewasa yang identitinya belum dikenal pasti.
Pokok tumbang dan bunyi menakutkan
Lihat tanah berapi
runtuh yang dirakamkan oleh PDRM." border="0" height="210" width="300"> |
| MUSNAH...pemandangan dari udara lokasi kejadian tanah runtuh yang dirakamkan oleh PDRM. |
HULU KLANG: Melihat tanah berapi, rumah menindih rumah dan kenderaan tersangkut di atas rumah antara pengalaman mengerikan dilalui Azuren Suci Hassan, 16.
Azuren antara mangsa kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini, semalam.
Menurut Azuren, ketika kejadian, dia bersama sembilan lagi ahli keluarganya hanya mampu bertakbir dan menyerahkan nasib mereka kepada Allah SWT.
“Tanah yang runtuh seperti berapi kerana geselan batu, manakala bunyi yang terhasil sangat menakutkan. Saya lihat rumah naik atas rumah dan kenderaan tersangkut di atas rumah.
“Kami 10 beranak berpegangan tangan antara satu sama lain dalam keadaan gelap gelita. Kami hanya bertawakal dengan nasib yang bakal diterima,” katanya.
Azuren berkata, dalam keadaan panik, mereka melarikan diri dan bersyukur tiada kejadian tidak diingini berlaku terhadap keluarganya.
“Saya berkaki ayam melarikan diri. Alhamdulillah, kami masih bernyawa, bagaimanapun saya masih terngiang-ngiang kejadian ngeri itu,” katanya.
Dalam pada itu, bapa Azuren, Hassan Saad, 49, berkata kejadian pokok tumbang di belakang rumahnya pada 22 dan 23 Oktober lalu bagaikan menjadi petanda kepada tragedi berkenaan.
“Lima batang pokok besar tumbang pada jam 7 malam 22 Oktober dan tiga lagi tumbang pada jam 7 pagi keesokan harinya.
“Saya mengesyaki ada pergerakan air di bawah tanah, tetapi Wakil Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang datang membuat pemeriksaan beritahu semuanya okey,” katanya.
Menurut Hassan, isterinya mengakui berasa tidak sedap hati beberapa jam sebelum kejadian berkenaan.
“Kerana tidak sedap hati, isteri mengejutkan saya. Memang malam itu kami tidak tidur. Kira-kira jam 4 pagi, saya mendengar bunyi seperti ribut dan diikuti dengan bunyi letupan. Semuanya berlaku dalam tempoh tidak sampai lima minit.
“Saya terus menjerit membangunkan 10 ahli keluarga saya, termasuk lima anak, ibu mentua dan dua sepupunya supaya menyelamatkan diri,” katanya yang mendiami rumah berkenaan sejak 2000.
Rumah ahli perniagaan yang bernilai RM2 juta itu tidak ranap sepenuhnya, sebaliknya hanya bahagian bilik tingkat atas rosak teruk.
Sementara itu, Jasmiah Abd Mutalib, 56, berkata sebelum kejadian, dia mengakui sukar untuk tidur dan rupa-rupanya itu petanda ada kejadian tidak diingini bakal berlaku.
Katanya, walaupun kediamannya tidak terjejas, dia mengakui berdepan pengalaman menakutkan berikutan terlalu hampir dengan tempat kejadian.
“Saya sangat takut. Ketika kejadian, suasana gelap gelita dan saya hanya mampu mendengar bunyi menakutkan.
“Saya dan suami, Abdul Manaf Hassan, 69, keluar dari rumah dan berlari sejauh 100 meter untuk menyelamatkan diri. Ini kejadian yang tidak disangka selepas 10 tahun mendiaminya,” katanya.
Minat kawin gadis sunti
| PUJIANTO Cahyo Widiyanto atau lebih dikenali dengan panggilan Syeikh Puji pada beberapa minggu lalu seakan-akan menjadi selebriti baru di Indonesia. |
PUJIANTO Cahyo Widiyanto atau lebih dikenali dengan panggilan Syeikh Puji pada beberapa minggu lalu seakan-akan menjadi selebriti baru di Indonesia.
Publisiti mengenainya melebihi Amrozi dan dua rakannya yang baru-baru ini menjalani hukuman tembak kerana pembabitan mereka dalam pengeboman Bali pada 2002.
Apa tidaknya, hampir setiap hari cerita mengenai Syeikh Puji, pengusaha perniagaan kaligrafi itu tersiar di akhbar dan televisyen serta mengundang ulasan pelbagai tokoh, termasuk Naib Presiden Indonesia.
Semuanya kerana gara-gara dia menikahi isteri kedua, kanak-kanak kampung berusia 12 tahun, Ogos lalu.
Kanak-kanak itu, Lutfiana Ulfa masih belajar di sekolah menengah rendah atau jika mengikut usianya di Malaysia, baru saja memperoleh keputusan UPSR.
Namun menurut rancangan kiai itu, dia sudah bersedia melantik Ulfa menjadi pengurus besar sebuah syarikat miliknya.
Kisah Syeikh Puji, 43, pengetua Pondok Pesantren Miftahul Janah, di Jambu, Semarang, Jawa bertambah menggemparkan apabila dia meluahkan hasrat menikahi dua lagi kanak-kanak berusia tujuh dan sembilan tahun.
Isteri pertamanya, Ummi Hani berusia 26 tahun.
Kes pernikahan itu pada mulanya tidak diketahui umum sehinggalah anggota Parlimen konservatif Islam mula melobi supaya dewan meluluskan rang undang-undang antipornografi yang ditentang sebahagian masyarakat Indonesia, khususnya bukan Islam.
Rang undang berkenaan diluluskan Oktober lalu dengan sokongan ulama, termasuk yang membela Syeikh Puji.
Menurut undang-undang itu, semua pergerakan dan hasil seni termasuk sastera, muzik yang dianggap lucah dan boleh melanggar moral orang awam dianggap jenayah.
Berbalik kepada tindakan Syeikh Puji berkahwin dengan gadis bawah umur itu, terdapat sebahagian masyarakat Indonesia yang mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadapnya atas tuduhan mengadakan seks dengan kanak-kanak.
“Saya tidak tahu pernikahan saya menjadi kontroversi kerana saya tidak pernah menonton televisyen atau mem baca akhbar.
“Saya hanya tahu perkahwinan itu menjadi kontroversi apabila menerima panggilan daripada anggota Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, ” katanya kepada puluhan wartawan yang mengerumuni kediamannya sebaik berita mengenai pernikahannya dengan Ulfa tersebar.
Ketika bercakap dengan wartawan, tiba-tiba telefonnya berdering. Setelah melihat skrin, dia menekan tombol batal.
Yang mengejutkan wartawan, jutawan itu yang juga pengumpul kereta mewah keluaran baru dan memberi zakat sehingga 1.3 bilion rupiah (RM374,000) ialah telefon bimbitnya, Nokia Siri 1112 yang harganya kini tidak sampai RM80.
Bagi mereka, ia sangat aneh bagi seorang jutawan sepertinya. Model telefon itu tidak mempunyai kemudahan lain, kecuali untuk telefon dan SMS.
Namun, kemewahan hidupnya jelas dapat dilihat di sekitar pesantren berkenaan.
Beberapa kereta mewah tersusun di bangunan yang mirip bilik pameran.
Terdapat enam kereta mewah, termasuk BMW dan sebuah kereta sport.
Menurut seorang lelaki di kompleks pesantren berkenaan, kereta itu jarang dipakai.
Di bangunan lain, kelihatan beberapa kereta mewah lagi. Rata-ratanya memiliki nombor pendaftaran unik seperti H 1 CW, H1 MP, H 1 BK dan H 1 OP.
Kompleks pesantrennya juga sangat luas. Ada beberapa bangunan. Satunya ialah tempat tinggal Syeikh Puji.
Barang-barang di dalamnya pula kelihatan tidak sangat mewah. Hanya terdapat beberapa gambar dia, termasuk ketika bertemu Tien Suharto (balu bekas Presiden Suharto) Suharto dan Try Sutrisno.
Selain bangunan itu, ada bangunan asrama pelajar lelaki dan juga wanita yang berasingan.
“Saya bukan menikah secara bersembunyi. Ramai yang menjadi saksi. Kalau ada yang mahu mencetuskan masalah dengan pernikahan ini, silakan saja. Saya tidak takut. Sedangkan berdepan dengan harimau pun saya tidak gentar.
“Tidak ada yang salah dengan pernikahan ini. Saya sudah meminta kebenaran daripada orang tuanya.
“Saya juga sudah berbincang dengan Ulfa secara baik dan dia bersetuju dinikahi. Silakan saja kalau ada yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap saya,” tegas Syeikh Puji tanpa rasa bersalah sedikitpun.
Setelah bernikah, keluarga Ulfa, yang dikatakan miskin, dibawa tinggal di pondok pesantren Syeikh Puji di Desa Bedono, Jambu, Semarang.
Menurut jutawan itu, tindakannya berkahwin dengan kanak-kanak bawah umur bukan dilakukan membabi- buta.
Katanya, perkahwinannya dengan Ulfa dan rancangan untuk mengahwini dua lagi kanak-kanak adalah berlandaskan pada agama.
“Saya hanya mengikuti ajaran Rasulullah (SAW) yang menikahi Aisyah yang ketika itu berusia tujuh tahun.
Dan seperti Rasulullah, saya juga tidak akan ‘mencampuri’ isteri saya yang belum akil baligh,” katanya.
Menurut kiai jutawan itu, Ulfa bagaimanapun sudah akil baligh.
Dia mengaku melangsungkan perkahwinan dengan kanak-kanak itu pada 8 Ogos lalu jam 3.03 pagi dan mendakwa disaksikan beribu-ribu orang.
Baginya, itulah waktu paling mustajab untuk melangsungkan perkahwinan.
Pernikahannya dengan isteri pertamanya, Ummi Hani juga berlangsung pada dini hari, iaitu jam 2.53 pagi.
Bagaimanapun, dia enggan memberitahu tarikh pernikahan itu.
Dalam pada itu, wakil pihak berkuasa yang bertanggungjawab menyiasat kes perkahwinan itu, Kak Seto, mengesahkan, hasil pertemuannya dengan Ulfa mengesahkan kanak-kanak itu secara sukarela menjadi isteri Syeikh Puji.
“Tidak ada paksaan. Ulfa sendiri mengaku dia yang membuat keputusan untuk berkahwin setelah ibu bapanya menyerahkan kepadanya untuk membuat keputusan,” kata Kak Seto.
Menurutnya, Ulfa mengenali Syeikh Puji ketika berkunjung ke pesantrennya.
“Kami berbual dan Syeikh Puji meluahkan keinginan untuk menjadikan saya isterinya.
“Lalu saya menanyakan kepada orang tua saya. Mereka menyerahkan kepada saya untuk membuat keputusan,” kata Ulfa yang diceritakan semula oleh Kak Seto.
Menurutnya, kerana liputan meluas media, Ulfa berkata, dia cukup tertekan.
Dan hasil tekanan pelbagai pihak termasuk Menteri Agama yang mendesak supaya Syeikh Puji disiasat, kiai itu akhirnya bersetuju menyerahkan semula Ulfa kepada orang tuanya, 9 November lalu.
Namun, bagi anggota kanan Majlis Ulama Indonesia, Syarifuddin Abdul Gani, Syeikh Puji tidak melakukan kesalahan.
“Dia tidak melanggar sebarang undang-undang Islam. Perkahwinan itu masih sah,” katanya. — Agensi
ini cerita Asal Hajarul Aswad putih
idris@hmetro.com.my
| SETIAP tahun, apabila tiba musim haji, lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia bertamu di kota suci Makkatul Mukarramah, menyahut seruan Ilahi bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima itu. |
SETIAP tahun, apabila tiba musim haji, lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia bertamu di kota suci Makkatul Mukarramah, menyahut seruan Ilahi bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima itu.
Dalam ibadat itu, jemaah melakukan pelbagai ritual ibadat mengikut tertib, seperti tawaf, sai dan bercukur, dengan kemuncaknya melakukan wukuf di padang Arafah, yang jatuh pada 9 Zulhijjah.
Baitullah disebut juga Kaabah, yang terletak di tengah kota suci itu. Ia menjadi tumpuan utama pada musim haji, khususnya dalam pelaksanaan tawaf, dengan setiap jemaah mengelilinginya sebanyak tujuh kali.
Rumah Allah itu adalah kiblat kepada umat Islam seluruh dunia ketika menunaikan ibadat solat seharian dan Masjidil Haram yang menaungi kawasan itu menjadi masjid paling mulia dalam Islam.
Baitullah yang penuh berkat dan mulia itu dikenali juga dengan nama lain seperti al-Bait, al-Bait al-Haram, al-Bait al-Atiq dan Qiblat.
“Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah di Makkah, yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.” (Ali-Imran: 96)
Ulama berbeza dalam mentafsirkan ayat berkenaan. Sesetengahnya mengatakan makna bait itu ialah Kaabah, sesetengahnya pula mengatakan bait itu ialah Masjidil Haram dengan dalil hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bermaksud:
“Daripada Abi Zar berkata: Aku bertanya Rasulullah s.a.w mengenai masjid yang paling awal dibina di bumi, sabdanya Masjidil Haram. Aku berkata, kemudian masjid mana? Sabdanya, Masjidil Aqsa. Aku bertanya berapa lama antara keduanya didirikan? Sabdanya, empat puluh tahun.”
Menurut cerita Ibn Zahirah al-Qarsyi, Kaabah dibina beberapa kali, iaitu oleh malaikat, Nabi Adam a.s, Nabi Ibrahim a.s, orang Quraisy, Ibn Zubair dan Hajjaj Yusuf as-Thaqafi.
“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama Nabi Ismail meninggikan binaan asas Baitullah itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah:127)
Selain melakukan tawaf di rumah Allah itu, satu fenomena cukup ketara diperhatikan ketika musim haji, malah pada waktu lain ketika mengerjakan umrah, ialah tindakan sesetengah tetamu yang mengucup Batu Hitam atau lebih dikenali Hajarul Aswad.
Amalan itu didakwa sebagai mencontohi kucupan diterima daripada Nabi Muhammad s.a.w. Ulama menyatakan perbuatan istilam (melambai tangan) terhadapnya ketika memulakan tawaf atau mengucup Hajarul Aswad (sekiranya dapat) termasuk perkara sunat mengerjakan haji dan umrah.
Signifikan tindakan itu, sebagaimana digambarkan Saidina Umar al-Khattab, Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua: “Saya tahu anda adalah sebuah batu yang tidak mendatangkan bahaya dan faedah. Jika tidak aku melihat Rasulullah s.a.w mengucupmu, aku tidak akan mengucupmu.”
Nabi s.a.w menciumnya sebagaimana dilakukan nabi sebelumnya, sehingga Hajarul Aswad menjadi tempat bertemunya bibir kalangan nabi, orang soleh, jemaah haji dan mereka yang menunaikan umrah sepanjang sejarah.
Ia juga menjadi tempat permulaan dan akhir tawaf, sekali gus tempat mustajab dikabulkan doa.
Batu Hitam yang terletak di bahagian penjuru sebelah timur Kaabah adalah objek sangat disanjungi umat Islam. Secara kasar batu itu berukuran diameter 30 sentimeter dan 1.5 meter dari paras bawah.
Ia dikatakan pernah pecah kepada beberapa bahagian pada Zaman Pertengahan. Malah ada pihak mendakwa ia pecah menjadi berkeping-keping kepada lapan gugusan batu kecil.
Keadaan ini berlaku pada zaman Qaramithah, iaitu satu mazhab daripada Syiah Islamiyah al-Batiniyah daripada pengikut Abu Thahir al-Qarmathi yang mencabut Hajarul Aswad dan membawanya ke Ihsa' pada 319 Hijrah, tetapi kemudian dikembalikan lagi pada 339 Hijrah.
Gugusan terbesar dikatakan sebesar buah kurma dan tertanam di batu besar yang lain dikelilingi oleh ikatan perak dan diperkuatkan lagi dengan paku perak. Batu itulah yang dianjurkan untuk dikucup, bukannya batu di sekitarnya dan yang meliputi perak.
Antara keutamaan Hajarul Aswad kerana ia berasal daripada batu yang mulia (yaqut) dari syurga yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s agar diletakkan di satu sudut Kaabah.
Bahkan menurut tradisi Islam, batu itu berasal dari syurga pada zaman Nabi Adam a.s dan Hawa lagi, dalam keadaan putih berkilau dan bebas daripada unsur kejahatan, tetapi ia menjadi hitam kerana dosa yang diserap tahun ke tahun.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Hajarul Aswad itu diturunkan dari syurga, warna lebih putih daripada susu dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.”
Dikatakan juga Nabi Ibrahim a.s yang menemui Batu Hitam dan apabila baginda membina semula Kaabah, Malaikat Jibril a.s membawa batu itu keluar dan memberikan kepada baginda.
Menurut cerita, apabila Nabi Ibrahim siap membina Kaabah, dengan bantuan puteranya, Nabi Ismail a.s, Allah memerintahkan baginda melakukan tawaf.
Baginda tidak dapat menetapkan bilangan yang tepat pusingan dilakukannya. Baginda berasa mereka yang lain juga akan keliru.
Justeru, baginda berdoa kepada Allah untuk memberikannya suatu tanda untuk digunakan bagi mengira pusingan. Malaikat Jibril membawakan batu hitam terbabit kepadanya.
Bahkan, Nabi Muhammad s.a.w turut memainkan peranan dalam sejarah Hajarul Aswad. Ini kerana pada waktu pembinaan semula struktur Kaabah, Hajarul Aswad dipindahkan sementara dan bagindalah yang meletakkan semula batu terbabit di tempat asalnya.
Satu cerita yang ditemui dalam Sirah Rasulullah Ibn Ishaq menunjukkan Nabi Muhammad s.a.w menyelesaikan satu pertelingkahan di antara suku Makkah, yang masing-masing berhak untuk meletakkan Hajarul Aswad di tempat asalnya.
Jalan penyelesaiannya ialah dengan memanggil semua pemimpin suku terbabit untuk mengangkat penjuru batu dengan satu kain dan kemudian Nabi Muhammad s.a.w meletakkan batu itu pada tempatnya dengan tangannya sendiri.
Umat Islam dari satu generasi ke generasi apabila mula tawaf dan selesai setiap pusingan, mengucup Hajarul Aswad, menyentuhnya dengan satu tangan atau sekadar memberikan isyarat kepadanya dari jauh.
Barang terus mahal, apa kerajaan boleh buat
Pak lah Fail!
paklah dan undian yang diterima, dia fail... 



Walaupun "Kejayaan" Pak Lah semasa memerintah selalunya hanya kedengaran tetapi tiada perlaksaan...
Perubahan yang dilaungkan oleh Pak Lah sekarang sudah terlambat,
Siapa yang akan hormat seorang pemimpin yang akan hilang kuasa?
Siapa yang ingin bekerjasama dengannya untuk berubah?
Tetapi, Perubahan yang paling besar dilakukan oleh Pak Lah ketika memerintah adalah berjaya mengubah Malaysia daripada sistem pemerintahan majoriti BN kepada sistem pemerintahan 2 parti politik yang lebih bersifat demokrasi. Hal ini juga membawa Malaysia ke masa depan yang lebih cerah!
Pak Lah juga menghormati keputusan pilihan raya dan tidak melakukan sebarang usaha untuk mengubah keputusan pilihan raya. Ini merupakan satu tindakan yang paling wajar dilakukan oleh Pak Lah!
Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pak Lah kerana berjaya membawa Malaysia ke satu arah yang lebih demokrasi berbanding dengan sistem pemerintahan sebelum ini! Terima Kasih Pak Lah!
Antara Anwar dan najib
Daripada analisis saya terhadap tinjauan ini, sokongan terhadap Anwar di kalangan orang Melayu adalah lebih rendah berbanding dengan Najib adalah kerana Melayu bimbang kedudukan Orang Melayu di Malaysia sekiranya Anwar mentadbir, ini adalah ekoran daripada media yang dikonkong oleh UMNO selalu memainkan isu "Anwar merupakan pengkhianat bangsa, dan kebimbangan kedudukan Orang Melayu apabila PR mentadbir.
Manakala Anwar mendapat sokongan yang lebih dikalangan orang bukan Melayu kerana mereka yakin terhadap polisi Anwar yang tidak memainkan isu perkauman dalam meraihkan sokongan rakyat. Ini adalah apa yang remaja mahukan sekarang. Hal ini kerana kita semua tahu memainkan isu perkauman tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada negara. Selain itu, rakyat kini menghadapi masalah yang sama iaitu kemelesetan ekonomi dan kenaikan harga barangan.Disini saya ingin menegaskan, kemelesetan ekonomi dan kenaikan hara barangan bukan disebabkan warna kulit. Kita semua perlu faham kerana kerana kebelakangan ini segelintir pemimpin politik selalu memainkan kesusahan sesuatu kaum disebabkan sesuatu kaum yang lain. Mereka berbuat demikian kerana untuk meraih sokongan murahan politik, tetapi, ini akan membawa padah kepada negara kita! Kita perlu bersatu padu untuk menghadapi cabaran dunia yang semakin memcabar ini.
Lihat ke Najib pula, kenapa sokongan di kalangan bukan Melayu begitu rendah? (18.4% untuk Orang Cina dan 5% untuk Orang India), kerana segelintir pemimpin UMNO yang suka memainkan isu perkauman dan berkata akan "membela" orang Melayu. Tetapi kalau kita lihat, kenapa hanya segelintir saja yang mendapat faedah? Kenapa rakyat Kelantan masih begitu miskin? adakah disebabkan fahaman politik yang berlainan?Sebagai seorang Pemimpin Negara, sokongan daripada pelbagai kaum perlu supaya dengan cara begitulah rakyat baru akan menghormati setiap langkah yang diambil oleh mereka. Bukan hanya perlu sokongan sesetengah bangsa sudah memadai.
Nampaknya Najib masih perlu lebih berusaha untuk meraih sokongan orang bukan Melayu, tetapi ini bergantung pada diri mereka sama ada ingin berubah atau tidak.

Dengan harapan, pada masa akan datang hanya ada Bangsa Malaysia, bukan macam sekarang yang dibahagi pelbagia bangsa.
Allah dah mengingatkan
apa ke jadah cerita PPSMI
Tatakala sedang merancang MSC ini, dia dapati kebanyakkan kertaskerja rasmi dalam bahasa Melayu menggunakan bahasa Inggeris. Akhirnya disuruh terjemahlah dalam bahasa rasmi, Bahasa Melayu (ikut perlembagaan ni).
Perancang-perancang MSC ni gopoh gapahlah terpaksa tanya sana sini. Bila ditanya Dewan Bahasa Pustaka, tak dapat-dapat istilahnya. Nak kena panggil mesyuarat dan panggil pakar-pakar. Peliknya salah seorang perancang yang terlibat dipanggil ke Mesyuarat DBP pulak.
Mereka pun berusaha dengan bertanya Institiut Penterjemahan Negara, mereka hanya bisingkan tak cukup peruntukkan untuk terjemah buku-buku ilmiah.
Perancang-perancang ini tak ada masa. Lalu mereka terjemah sendiri akhirnya dan dalam kurungan ditulis istilah Inggerisnya.
Apabila kertaskerja itu siap, CEO itu datang sendiri untuk menyerahkan kepada Dr Mahathir. Tercengang dan terkejut dia baca kertaskerja itu.
Mana tak. Tengok istilah-istilah yang diguna semasa itu:
Hardware = perkakasan kerasAda satu ayat itu, berbunyi berikut:
Software = perkakasan lembut
Joystick = batang gembira
Plug and play = cucuk dan main
Port = lubang
Server = pelayan
Client = pelanggan
Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan.Terperanjat Dr Mahathir melihat ayat itu. Lebih kurang semasa itu ada seorang ahli Parlimen PAS kata dia tengok filem lucah dengan cucunya.
Inikan pula ada laporan berbunyi lucah. Dia mengangkat matanya. Dengan jelingan yang tajam, dia bertanya mengenai para itu.
CEO itu menjawab, "Dalam bahasa Inggeris, ia sepatutnya berbunyi,
- "That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."
Akhbar dahulu laporkan ramai diplomat kita tak tahu bertutur dengan baik dalam bahasa Inggeris.
Husin ingat ini menjadi sebab terpaksa guna bahasa Inggeris untuk subjek Matematik dan Sains.
Salahnya siapa?
Ada salahkan Dr Mahathir. ... Ada salahkan guru-guru bahasa Inggeris tak cekap. Ada salahkan DBP. Ada salahkan lambat sangat penterjemahan buku-buku teks ke dalam Bahasa Inggeris. ... Ada salahkan globalisasi. Ada salahkan persaingan yang terlalu sengit menyebabkan terpaksa. ... Hingga ada salahkan Bill Clinton dan John Major.
Diri sendiri yang tak kuasai Bahasa Melayu dengan baik tak disalahkan.
Walaupun kadang-kadang ada benda terlepas, nasib baik Dr Mahathir teliti. Kalau zaman Dolah, apa jadi akhirnya.
Sebenarnya orang melayu dah hilang bersabar
| Written by Syah | |
| Saturday, 06 December 2008 00:29 | |
| Bekas presiden Amerika Syarikat Bill Clinton menyifatkan dunai akan menjadi lebih baik sekiranya mencontohi sikap toleransi sosial dan keharmonian Malaysia. "Malaysia adalah model menunjukkan ada harapan untuk masa depan. Masyarakat di sini yang pelbagai kaum, agama dan latar belakang telah belajar untuk bekerja dan hidup bersama. Inilah yang dunia perlu jadi," katanya. Clinton berkata Malaysia telah membuat permulaan dengan baik walaupun berlaku konflik politik namun dapat diselesaikan dengan bijak. "Konflik politik adalah baik. Tiada siapa pun yang betul sepanjang masa. Adalah sesuatu yang sihat apabila terdapat perbezaan pendapat," tambahnya.-Malaysia today |
