06 December, 2008
Barang terus mahal, apa kerajaan boleh buat
Aku pun hairan. Aku beli burger ayam biasa , semasa puasa tahun ini baru RM2.00 tetapi sekarang dah naik RM2.20 dalam masa dua bulan. Yang pelik minyak dah turun, semua barang keperluan makanan naik, boleh katakan barang semua naik. Naik gila. Mengila kenaikannya. Minyak masa ni dah RM1.90 tetapi harga barang terus naik. Aku rasa gaji bersih RM3000 pun teruk duduk di pekan kecil ni. kalau aku duduk di JB macamana. Segala-galanya mahal. Kenapa kerajaan terus naikan minyak menggila. Bila harga minyak turun. Barang terus naik. Sifir apa dia pakai. Di pekan kecil barang yang tidak dipantau oleh kerajaan akan sewenang-wenangnya naik. Yang menjadi masalah barang makan. naik macam tak reti nak turun. Aku lihat orang mula ramai tak ada kerja sekarang? Apakah petanda kemelesetan ekonomi mula melanda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment