Tidak kurang juga ada yang menangis kerana terlalu sedih dan amat sayangkan kelab ternama itu. Mereka tidak menyangka bahawa selama ini kelab itu terpaksa menanggung hutang yang terlalu banyak hingga tindakan "sita" terpaksa dilakukan oleh agensi terbabit. Menurut maklumat, hutang tertunggak yang terpaksa di tanggung oleh Astana Golf & Country Club Kuantan itu berjumlan hampir RM70 juta. RM40 juta daripadanya adalah hutang kepada Agro Bank, dimana ia termasuk interest RM10 juta atas pinjaman tidak berbayar sebanyak RM30 juta. Manakala bakinya adalah hutang kepada para pembekal yang menjalankan projek-projek kecil dalam kawasan kelab terbabit. Turut hadir dilokasi kejadian ialah YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota) serta lebih 30 orang penyokong Parti Keadilan Rakyat. Turut hadir ialah Timbalan Angkatan Muda Keadilan Pahang, Saudara Kamarul Hatta serta ahli jawatankuaanya. Turut kelihatan wartawan dari media arus perdana sepert TV3, RTM dan sebagainya. Kelihatan juga 10 orang anggota polis mengawal keadaan.
Suasana sungguh sedih dan pilu melihat kakitangan terbabit merintih memohon simpati. Sudahlah mereka ditamatkan perkhidmatan, gaji mereka juga tidak dibayar oleh pihak pengurusan kelab terbabit. Menurut Azan Ismail (foto), "Kami hairan bagaimana sebuah syarikat tempatan yang ada kaitan dengan kerajaan negeri boleh mengalami masalah seperti ini. Jika syarikat asing, mungkin boleh dimaafkan. Namun ini adalah syarikat tempatan dan masalahnya ialah perkara hutang. Kita tidak hairan jika masalah yang berlaku akibat usaha mengecilkan operasi syarikat dan sebagainya. Senario yang berlaku ini sungguh teruk, dan seolah-olah menggambarkan bahawa pihak pentadbiran negeri sendiri tidak langsung mahu memantau syarikat-syarikat yang berada dibawah naungannya", katanya. Azan juga menegaskan bahawa rakyat akan hilang kepercayaan terhadap mana-mana syarikat yang mempunyai hubungan langsung dengan kerajaan negeri Pahang selepas ini gara-gara isu terbabit.
Sementara itu, menurut Saudara Kamarul Hatta (foto), beliau hairan kenapa kelab itu mengalami kerugian mencecah hampir RM70 juta dan bukannya RM40 juta seperti yang didedahkan sebelum ini. "Saya melihat, ini adalah bukti jelas bahawa pihak pengurusan gagal untuk membuat pembayaran terbabit. Interest yang tinggi sehingga mencecah RM10 juta juga dilihat sebagai satu kegagalan. Inilah juga yang berlaku kepada MB Pahang yang disaman RM60 juta oleh SGM baru-baru ini. Sikap acuh tidak acuh dengan peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh mereka menyebabkan semua ini terjadi. Kami merasa simpati melihat tangisan kakitangan terbabit yang sebahagian besarnya adalah berbangsa Melayu. Kenapa UMNO tidak tampil untuk membantu dan membela nasib mereka ini" katanya.Sementara itu, orang ramai yang ditemui juga terkejut dengan senario ini. Ini kerana mereka melihat kelab itu adalah salah sebuah kelab yang amat berprestij di bandar ini kahsnya malahan di pantai timur amnya. Berbagai acara majlis telah dibuat di dalam kelab itu sejak akhir-akhir ini. Aktiviti kelab juga berjalan seperti biasa dan langsung tidak nampak kecacatan. Namun bila berita ini disiarkan di TV3 semalam, masing-masing amat teruja dengan apa yang berlaku. Kami juga amatlah berharap agar MB dan Kerajaan Negeri Pahang bangkit dan membantu semua kakitangan terbabit. Mereka kini akan menjadi "pengganggur terhormat" selepas diberhentikan kerja di kelab terbabit. Semoga apa yang berlaku ini akan menajdi tauladan dan pengajaran kepada semua pihak agar lebih berhati-hati menguruskan pentadbiran sesebuah organisasi terutamanya yang berkaitan dengan kerajaan negeri selepas ini.
No comments:
Post a Comment