05 December, 2008

Roboh 22 pondok peneroka - Rayuan tidak dilayan, kerajaan negeri tidak berkompromi



KUALA SELANGOR - Rayuan lebih 300 peneroka Hutan Simpan Raja Musa, Batang Berjuntai di sini agar kerajaan negeri tidak merobohkan pondok dan memusnahkan tanaman kontan mereka ternyata tidak dilayan.

Sebaliknya, sebanyak dua buah rumah kediaman sementara, 22 pondok dan dua reban ayam telah dimusnahkan dalam operasi meroboh yang dijalankan di kawasan terlibat di sini pada pagi semalam.

Operasi bermula pukul 9 pagi hingga petang itu membabitkan 263 anggota dan pegawai penguat kuasa pelbagai jabatan termasuk Jabatan Perhutanan Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor, polis dan Imigresen.


Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Peneroka Hutan Simpan Raja Musa, Idris Jaafar ketika ditemui pemberita di luar kawasan operasi mendakwa, pihaknya amat kecewa dengan tindakan kerajaan negeri itu.

"Bayangkan, kami sudah terokai hutan ini hampir 10 tahun lalu dan sudah beberapa kali buat permohonan kebenaran mengusaha tanah dipohon sehingga mendapat permit Kelas E," ujarnya yang mahu kerajaan negeri bersikap lebih prihatin dengan golongan peneroka.-kosmo-

No comments: